Panduan Master By Research

WELCOME TO 2020

Oh sudah bersawang rupanya blog ni.
Ye, kami sibuk untuk settle down pada bulan September 2019, sehingga hari ini. 

Selain penyesuaian persekitaran baharu, kami juga melalu fasa untuk survey, di mana dan bagaimana bisnes yang sesuai?

Ye, begitulah keadaan anak-anak ketika kami mula-mula sampai. Mak hampir menyesali keputusan ini.

Berhijrah tidak mudah. 

https://www.facebook.com/rafidahabunasir







Mahu tak mak kongsikan, TIPS BUAT MASTER DENGAN RESEARCH MODE?




Berikut ada 3 tips dulu.

Decide dulu, sama ada nak buat dalam bidang teknikal atau dalam sosial

Kenapa mak tanya macam tu? Master by research ni, dia akan melibatkan kajian yang menyeluruh, macam orang buat PhD, bezanya, kita buat master je. Jadi research kita nanti akan ala2 buat PhD cuma ianya tak deep macam Phd. Ha, pening kan? So kalau dalam bidang, kajian kita akan melibatkan intrumentation, experiment, duduk dalam lab, buat research design, buat pemerhatian dll.
Kalau buat bidang sosial, maknanya kita akan buat kajian mengenai manusia. Jadi kena ada objektif yang menjurus kepada objektif kita sambung Master.

Tapi menurut IDOLA mak: "Ko kalo nak buat PhD, master ko buat education je, nanti ko demotivated bila ko dah stucked time buat Master."

So here I am, tengah buat Master of Science (TVET) di UPSI. Inshaallah, bulan Feb 2020 ni, Mak dah Sem 2.




Pilih Universiti yang memudahkan logistik



Kenapa perlu Universiti yang memudahkan logistik?
Katakan kita orang Johor, suami orang Kedah, kita duduk di Perak. maka, kalau tiada Universiti yang berhampiran di Perak, pilihlah Universiti yang hampir dengan kampung halaman kita. Bukan apa, kita akan hadapi masalah dan cabaran along the way, semua relatives dan friends akan jadi tulang belakang kita. So kita mudahkan urusan penyelesaian masalah dengan mengurangkan masalah logistik. Untuk pengetahuan, perjalanan ini adalah perjalanan jihad, memang penuh dengan ranjau dan duri. Menurut SV mak, Dr. Suriani Mohamed, tiada daya dan upaya kita untuk berjalan dalam jalan ini, kecuali meletakkan segalanya kepada Yang Maha Kuasa. "Tahajjud dan Dhuha, jangan tinggal!"

Alhamdulillah, sekarang kami dah okey


Semak bayaran yuran per semester

Ini juga, point penting, sepanjang hampir 6 bulan di sini, walaupun mak dapat FULL biasiswa, dan FULL gaji, tapi berbagai tuntutan akan ada. Semak dengan Universiti pilihan anda, berapa keseluruhan bayaran sepanjang pengajian. Maka kewangan perlu menyokong langkah ini. Setahun sebelum mak mendaftar U, mak dah mula membeli gajet yang menyokong kelancaran journey ini. Laptop baharu, printer, lengkap dgn scanner dll. Ink printer, sebulan 2, kertas 2 rim.
Ye tau, sekarang boleh baca online je jurnal tu, tapi, sebagai newbies, memang kita terbiasa memegang, dan menulis di atas kertas fizikal.

Maka kewangan dan bantuan fizikal amat perlu. Internet mak 60G sebulan, HABIS SEBELUM TEMPOH.

So setakat ni dulu, nanti mak sambung