KESAN MAKAN TELUR

Kerana mak abah mula sibuk dengan rutin 2020 ni, maka Mak kat sini nak share sikit pengetahuan tentang TEKNOLOGI MAKANAN.

Orang ingat, belajar Food Tech ni, kerja dia memasak, menghasilkan produk viral, hidang menu makanan cantik-cantik so that public boleh ambil gambar, dan post di INSTAGRAM, dapat like dan Follower juta-juta.



Sebenarnya budak Food Tech ni kerja dia lebih teknikal. 
Kalau makanan kau tahan lama untuk disimpan pada suhu bilik, ITU KEJE BUDAK FOOD TECH.
Kalau air kesihatan yang kau minum tu, sebenarnya PAHIT (sepahit kisah hidup ini) tapi kau minum rasa sedap, ITU KEJE BUDAK FOOD TECH.
Kalau kau pergi oversea, kau tak lalu nak makan makanan diorang, kau bawak sambal #makkauhijau, sebab kau tahu kesan garam dan gula sebagai pengawet, ITU KEJE BUDAK FOOD TECH.


Tapi hari ni, Mak nak share, APA BUDAK FOOD TECH dah buat pada telur?
Belasan tahun lalu, bila sebut telur, yang bermain difikiran kita adalah KOLESTEROL. 

Tetapi, atas kecanggihan teknologi (ITU KEJE BUDAK FOOD TECH), telur ini mula ditambah baik.
.
APA DIORANG BUAT?
Mengubah kandungan nutrien telur.
Pernah dengar telur Omega? Kini banyak telur yang ditambah nutrisinya dengan Omega-3. Kebaikan Omega-3 adalah untuk meningkatkan sistem imunisasi badan, serta metabolisme.
Pernah dengar selenium? Kini kandungan silenium dipertingkatkan ke dalam telur bagi memberi manfaat terhadap fungsi otak.
Kajian BUDAK FOOD TECH juga mendapati, telur mempunyai protein yang berkualiti. 
-Kesan protein ini, akan memberi rasa kenyang berpanjangan kepada manusia. 
-Rasa Kenyang akan mengurangkan jumlah makanan yang dimakan oleh manusia,
-Kurang makan bermaksud kurang kalori intake. Kral (2016), Ratliff (2010)
Kurang kalori intake maksudnya, kurang risiko untuk gemok! YES!
Malah telur juga didapati memberi kesan positif terhadap pesakit diabetes, Saande (2019).


Eh, ape benda yang Mak share ni? 
Yelah, time terkejar-kejar dengan rutin anak, makanan paling mudah disediakan dan sedap, mestilah telur!
#inikanmak
#mamsgarage
#18anniversary2020