Beberapa minggu lalu, saya mendapat surat Tuntutan Khairat kematian arwah Abah yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup bagi tahun 2019.
Apa yang menjadi masalah?
Dokumen untuk menuntut dibank adalah
1. kad pengenalan saya (waris si mati)
2. Sijil meninggal
3. Surat pengesahan hubungan (surat beranak)
Gambar atas ni gambar mak dengan anak. Tapi di bank, WAJIB untuk sertakan dokumen.
Apa saya buat?
Sementelah saya perlu dapatkan cabutan sijil kematian kerana salinan asal tiada pada saya, maka saya ke Jabatan Pendaftaran Negara. Di kaunter saya terus beritahu masalah Surat beranak saya yang hilang.
Tara!!!!!!
Rupanya mudah saja untuk membuat Surat beranak Baru.
1. Berikan IC anda
2. Pegawai bertugas akan buat semakan
3. Sediakan 2 salinan IC kita
4. Sediakan RM5 untuk caj perkhidmatan
5. Dah siap
Mudahkan?
Betapa hebatnya teknologi sekarang, semua maklumat dihujung jari.
Agensi yang berkenaan sekadar membuat pengesahan.
So kepada yang ada masalah Surat Beranak hilang, boleh cuba cara ni ye
Ini Aidi, comel tak? eh takde kena mengena