Bukan semua PERKARA itu, berlaku seperti yang kita impikan.
Minggu lalu, kami direzekikan untuk pergi ke bercuti di Bukit Fraser.
Memikirkan bahawa saya memerlukan sebuah percutian yang menenangkan, maka tangan laju mencari tempat penginapan di tempat sejuk dan tenang.
Sebaik log in ke Rumah Peranginan Persekutuan, saya berjaya menempah sebuah bilik. Maka percutian ON!
Pemandangan sepanjang perjalanan sangat indah dan menenangkan. Kami melalui bukit dan hutan indah, di tambah perhentian di Empangan juga menarik perhatian. Selain itu, ada kawasan terjunan di pertembungan antara dua puncak, betul-betul di tengah jambatan.
Walaupun kami hampir sampai ke Raub (baca: terlajak dari simpang ke Bukit Fraser), tetapi kami berjaya sampai tepat masa untuk Check In.
Alangkah indahnya, berada di kejiranan selamat dan menyamankan. Tiada rasa panas, apatah lagi berpeluh.
Oh indahnya jika di Ulu Dedap pun sepanjang tahun begitu.
Tetapi itu hanya apa yang kita fikir. Hakikat sebenar bukan seperti yang diinginkan. KEKEJAMAN sebuah kesejukan, bagi seorang Rafidah Abu Nasir mula terasa.
Sebaik masuk ke bilik, setiap ruang dalam keadaan sejuk. Naik atas katil selimut cadar terasa seperti lembap, padahal ianya kering. Maka, kebahagiaan yang dibayangkan mulai menghilang. Saya mula memikirkan, apakah keadaannya jika ke bilik air.
"Jangan risau, dalam bilik air ada water heater"
Itulah kata-kata semangat Tuan Jump Navara. Maka saya sedikit lega. Saya bergegas pantas ke dalam bilik air, tetapi segala harapan juga hancur berderai. Memang air yang keluar dari water heater itu panas, tetapi sebaik ianya sampai di kaki, ianya telah sejuk kembali Kepanasan hanya dirasai di kepala, tetapi ia tidak kekal lama. Oh kejam!!!
Keluar dari bilik air, suami menghulurkan secawan kopi. Oh indahnya dunia.
Hebatnya dunia, sebaik selepas mandi yang menyejukan, dihidangkan dengan secangkir kopi panas. Maka pantas cawan di ambil dan dihirup.
"Eh Abang buat kopi ais ke? Kenapa sejuk kopinya?"
Saya bersuara keras sebaik menghirup kopi. Oh barulah saya perasan, segala jenis kepanasan akan sangat cepat hilang apabila berada pada ketinggian 1310 atas paras laut.
Cumanya sikap cepat panas dalam diri manusia, tidak akan berubah, hatta berada di Gunung Everest sekali pun.
Justeru, segera saya muhasabah diri;
"Nikmat kurniaan Allah yang manakah, yang kamu dustakan".
https://www.facebook.com/rafidahabunasir?ref=bookmarks
Sudahlah seorang Rafidah, kamu tu tak layak untuk pergi ke mana-mana negara yang bersuhu rendah mahupun bermastautin di situ. Kamu pindah je lah ke Tanjung Malim sana, ada pemandangan indah banjaran, namun cuacanya hampir sama dengan Ulu Dedap. Kah kah kah!