LAA HAWLA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAH
Tidak ada usaha, kekuatan dan upaya, SELAIN DENGAN KEHENDAK ALLAH
Maka manusia lemah ini membuat beberapa carian mengenai tips dan panduan.
Ini saya kongsikan dari https://madeandi.com
10 Tips Menjadi Moderator Terhebat
(TERHEBAT tu saya yang tambah hehehe)
1.Ini bukan kerja BIDAN TERJUN
Saya sudah dipinang oleh JTM, Polisas sejak awal tahun, maka saya sudah pun hasilkan set soalan untuk diajukan kepada Ahli Panel yang ketika THE VERY TOP MANAGEMENT OF THE COMPANY.
2.Profile Ahli Panel merupakan perkara UTAMA untuk digugel.
Ini membolehkan soalan yang saya buat, menjurus ke arah industri dan selari dengan topik yang diamanahkan.
3.Pujian? Ini juga senjata utama.
Memuji membantu kita meningkatkan keyakinan diri sendiri, malahan Ahli Panel, kerana mereka juga sedang mengetengah fakta dari soalan-soalan yang kita ajukan.
4.Oh plezz, jangan jadi Ahli Panel TAMBAHAN
Kita perlu kita ulas setiap jawapan dan pandangan Ahli Panel, kena ingat, kita adalah MODERATOR. Nak sampaikan pendapat? Buat forum sendiri.
5.Sediakan TEKS & SKRIP
Kita boleh jadi bijak berbicara sepanjang masa, tetapi FORUM adalah untuk kita berkongsi FAKTA bukan AUTA. Pergi baca skrip sana elok-elok.
6.Teruskan berlatih.
Lantiklah orang disekeliling kita sebagai Ahli Panel tak bertauliah, sementara kita biasakan dengan skrip kita nanti.
7.Cepat lagi tepat.
Sematkan dalam hati, orang bukan mahu mendengar kata-kata kita, orang mahu dapatkan info dari barisan Ahli Panel yang hebat-hebat. Justeru, maksima dicadangkan adalah 5 minit bagi pembukaan, pastikan waktu di antaranya adalah lebih singkat.
8.Kreatif dan improvise ketika sampaikan profile Ahli Panel.
Harapan saya, saya dapat cari video mengenai syarikat yang diwakili oleh industri dan agensi, bagi memudahkan audein faham hala tuju sepanjang forum.
9.Buat kelakar tahap dewa, tetapi SERIUS.
Tugas ni berat, saya perlu kaji audien serta lawak yang mereka gemari. Disamping berharap Ahli Panel boleh faham dengan lawak saya nanti. Hehehe
10.Berinteraksilah dengan peserta
Hargai audien kita dengan sekali sekala mendapatkan respon mereka, memberi apresiasi kepada peserta yang seakan tekun, malah boleh juga kepada peserta yang ke laut!
10 Tips diatas adalah betul, sekiranya kita berjaya buat dengan jayanya. Jika tidak, SILA USAHA LAGI!