CEMERLANG CARA KITA

Tahun lalu, saya kongsikan tips
BAGAIMANA MENENTUKAN BIDANG DI IPT.


Tahun ini saya nak kongsi,
BAGAIMANA CEMERLANG CARA KITA.

Cemerlang cara kita.

Belum pun seminggu keputusan SPM 2018 diumumkan, peti inbox dan mesej saya mula dihujani dengan pelbagai soalan.

Kak, kalau saya cuma dapat E bagi semua subjek, kemana saya boleh melanjutkan pelajaran?

Rafi, anak aku cuma LULUS BM je, boleh ke belajar lagi?

Puan, sekiranya anak saya dapat 5 kredit, tetapi Math dan Sains sekadar LULUS, bagaimana?

PuanRaf, kawan saya tanya, macamana nak belajar di KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK? 🤭

Secara umumnya, mereka yang diklasifikasikan CEMERLANG di peringkat SPM, adalah individu yang boleh memilih haluan mana yang mereka inginkan.

Ini termasuklah bidang Sains, Kejuruteraan, Teknologi dan sebagainya.

Hatta jika mereka ingin ke bidang kemahiran sekali pun, mereka ini adalah individu yang sentiasa dialu-alukan.

Jadi, mari kita lihat:

Kemana arah tuju Lepasan SPM?

1. Bagi yang telah membeli No. PIN untuk UPU, bezakan 2 perkara.

A. Universiti Awam
B. Institusi TVET

Saya akan fokus kepada Institusi TVET.

Untuk pilihan bidang, BACA syarat minima yang ditetapkan.

Diploma dalam bidang Kejuruteraan misalnya, wajib 5 kredit termasuk Math dan English.

Bidang Teknologi Maklumat, mungkin meletakkan 3 kredit, termasuk Math.

Manakala, bagi yang tidak melepasi mana-mana syarat minima bidang yang diinginkan, memadai dengan memilih tahap SIJIL tetapi di dalam bidang yang diminati.

Kenapa?
Kerana, minat ini nanti mampu membawa mereka lebih jauh.

Apalah erti segulung diploma, tetapi sekadar digantung di frame gambar?

Apalah erti sekeping ijazah, tetapi bidang yang kita pilih tidak menjamin pekerjaan?

Sungguhpun demikian bagaimana dengan mereka yang TIADA No. Pin UPU?

2. Bagi yang belum membeli No. Pin UPU, anda boleh mula membuka laman sesawang institusi yang anda mahukan.

Pilih bidang yang diminati, seterusnya buat panggilan kepada Pegawai yang menguruskan hal pengambilan dan pendaftaran pelajar baru.

Biasanya, institusi berkenaan akan menguruskan maklumat anda dan akan memaklumkan kepada anda, apakah langkah terbaik untuk MEMASTIKAN tempat anda di institusi berkenaan.

Cuma terdapat risiko sekiranya bidang yang anda pilih dipenuhi oleh kuota dari permohonan UPU, anda mungkin akan diterima untuk sesi pengajian seterusnya.

Di Kolej Komuniti Pasir Salak misalnya, bidang Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan adalah HOT SEAT di setiap semester.


Jika anda benar-benar mahukannya, SEGERA hubungi pegawai kami di talian 05-6552300.

Namun, 3 bidang lain tidak kurang hebatnya.

Info lanjut di: Instagram Kolej Komuniti Pasir Salak

Sijil Teknologi Maklumat. Ia umpama ledakan teknologi terkini. Hampir semua bidang memerlukan individu yang mahir IT atas keberkesanannya membantu meningkatkan produktiviti berbanding menggunakan tenaga manusia.

Istilah Internet untuk segalanya(IOT) , Aplikasi mobil, E-sport adalah contoh masa hadapan yang futuristik.

Sijil Pengendalian Acara pula, adalah satu-satunya pengajian peringkat SIJIL di Malaysia.

Menjanjikan kemahiran mengendalikan majlis dari A ke Z, lepasan sijil ini dilihat mampu menjalankan perniagaan selari dengan gaya masyarakat kini yang gemar menjadikan majlis mereka
"Event of the Year".

Terakhir sekali adalah Sijil Servis Kenderaan Ringan. Nampak ringan, tetapi kenderaan yang di maksudkan adalah tidak melebihi 1 tan.

Tahukan anda berat sebuah kereta mewah, ada yang kurang 1 tan?
Maka itulah gambaran kemahiran yang bakal diperolehi jika mengambil bidang ini.

Terakhir, bagi yang GAGAL SPM (Gagal BM dan Sejarah), tidak usah bimbang. Laluan kemahiran adalah jawaoan terbaik untuk anda.

Begitu banyak institusi kemahiran yang ditawarkan, dengan hanya meletakkan Syarat minima BOLEH MEMBACA.

Cari dan galilah. Kerana CEMERLANG itu bukan pada elai kertas, bukan juga pada SEBARIS A.





BAGAIMANA MEMILIH BIDANG DI IPT

Tetapi cemerlang itu adalah kamu berjaya menjadi orang, dan bukan menjadi setan! 


Semoga berjaya🌹

#inikanmak

#mamsgarage

#momsbutikspa

#faizfikafashion

Sebagai PERINGATAN, mulai 20hb, paparan upu hanya akan memaparkan bidang yang mengikut kelayakan yang di pilih oleh Calon.

Justeru, selepas tarikh itu, Calon boleh membetulkan pilihan mereka seperti syarat dan terma yang ditetapkan oleh institusi.
#spm2018