Selamat membayar YURAN dan MEMBELI BUKU
Beberapa pemerhatian saya sepanjang proses membeli buku di sekolah rendah dan sekolah agama KAFA.
Ada 6 golongan yang dapat diperhatikan:
1. GURU
2. IBU
3. BAPA
4. NENEK
5. ANAK
6. IBUBAPA
1. GURU
2. IBU
3. BAPA
4. NENEK
5. ANAK
6. IBUBAPA
Secara ringkas, berikut adalah pemerhatian saya berdasarkan perbualan mahupun pemerhatian dan pendengaran individu berkaitan.
1. GURU di @SKSP sangat cekap dan efisian. Tempoh menunggu dari awal proses sehinggalah buku diterima di tangan memakan masa HANYA 15 MINIT!
(Untuk makluman, sekolah ini mempunyai 4 kelas bagi setiap darjahnya).
(Untuk makluman, sekolah ini mempunyai 4 kelas bagi setiap darjahnya).
Para guru yang sangat membantu, menjadikan urusan ibubapa seperti kami (baca: mak dan abah) begitu mudah. Ini kerana #aidiladeha tidak tahu kelasnya bagi Tahun 2 nanti.
Malahan Guru besarnya juga sangat mesra dengan ibubapa. Abah @navara sempat berbual ringkas dengan Guru besar, tuan Noraini Samad yang menyapa kami dengan ramah sekali.
2. IBU yang datang untuk membayar yuran dan membeli buku anak2 saya lihat sebagai seorang wanita besi. Ada yang hadir bersama anak2 masing2, lengkap membawa beg sekolah bagi mengisi buku2 yang bakal diterima.
Malahan, ada juga ibu yang datang sendirian tanpa anak2, membawa 3 set buku anak2nya! HEBAT! Itu sahaja ungkapan yang boleh saya luahkan. Kagum dengan tabahnya seorang ibu, tanpa mengira sama ada mereka bersuami atau tidak. Jika masih bersuami dan suami sedang bersenang-lenang di rumah, seperti ada sesuatu yang perlu diusahakan bagi rumahtangga itu.
(Nanti MAK ULAS DI POSTING YANG LAIN)
(Nanti MAK ULAS DI POSTING YANG LAIN)
3. BAPA pula, dilihat lebih santai. Mereka datang lengkap dengan senarai buku dan yuran yang perlu dibayar, pada kertas telah tertulis jumlah wang yang perlu dibayar, lengkap dengan list yang sudah ditanda.
Apabila cikgu tanya nak bayar apa, si Bapa sekadar menjawab, “ikut seperti yang ditanda, mak dia sudah kira segala keperluan”.
Nampak tak perbezaan antara Ibu dan Bapa. Ibu walaupun tidak berada ditempat kejadian, tetapi ibu sudah tahu, berapakah peruntukan yang diperlukan. Mudah untuk bapa bertindak secara macho dan bergaya.
4. NENEK juga dilihat begitu selamba. Mungkin pengalamannya berpuluh tahun menyekolahkan anak sendiri, kini perlu menguruskan cucu pula untuk bersekolah.
Kami juga KAGUM dengan wanita ini. Hebatnya, tidak dimamah usia, malah masih mampu menjalankan tanggungjawab kepada cucu, pada usia yang begitu.
Moga nenek terus sihat dan mendapat berkat atas usaha murninya kepada si cucu.
5. ANAK ini saya temui di sekolah agama KAFA. Ketika beratur, dia berada di depan saya. Lantas saya tanyakan usianya. Dengan lembut dia menjawab tahun hadapan dia akan belajar di Tahun 3. Wow! Lebih KAGUM.
Tahukah anda, ketika @aiman di tahun 6, mak masih pergi ke sekolahnya untuk membayar yuran? Paling mengharukan, 3 hari berturut2 mak perlu ke sekolah yang 30km jauhnya, kerana dia tidak menyampaikan maklumat dengan tepat bagi urusan sekolah, asrama dan yuran ketika itu.
Maka saya tanyakan, dimanakah bapanya? Dengan IKHLAS dia menjawab, “ABAH TIDUR DI RUMAH”
Saya tarik nafas, dan berbisik dalam hati, mungkin bapanya tidak sihat, maka si anak perlu bayar yuran sendiri. (Baca: walaupun dalam hati mak ni, dah macam2 lintasan buruk mula menguasai diri)
Saya tarik nafas, dan berbisik dalam hati, mungkin bapanya tidak sihat, maka si anak perlu bayar yuran sendiri. (Baca: walaupun dalam hati mak ni, dah macam2 lintasan buruk mula menguasai diri)
6. GOLONGAN terakhir adalah, yang hadir membayar yuran bersama-sama, IBU DAN BAPA. Kami lah tu. Pakej lengkap mak abah dan 3 orang anak bertuah.
Pemandangan yang luar biasa, kerana kebanyakan orang lain membawa paling ramai 2 anak, dan masih bayi.
Maka aksi kami seperti Komanden tentera. Arahan dan teriakkan jelas kedengaran. Belum habis mak berkira-kira di kaunter Tahun 4 kelas #aminakarmila, anak yang dikaunter Tahun 2 #aidiladeha mula memanggil.
Bukan kerana mak datang seorang, tetapi anak2 ni ada sejenis perangai, sebutan mak tu, seperti zikir meraka. Sentiasa dibibir tanpa mengira tempat dan keadaan.
Abah? Memang semua orang tak berani dengan abah. Cukup sekadar dengan jelingan, sudah cukup untuk mematikan setiap langkah. Bezanya sekarang kami berada di khalayak ramai, kuasa abah tu, perlu disimpan demi keamanan sejagat.
Maka abah jadi pengawas #airilrafiq yang super duper hebat.
Cukup setakat ini dahulu. Apa pula pengalaman anda menjelang musim baharu PERSEKOLAH TAHUN 2019?
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Aaminn