Maka bermula hari pertama saya ke tempat kerja bagi tahun 2019.
Rutin di rumah saya tinggalkan dengan tunggang langgang. Nanti petang, barulah disambung semula. Terakhir tadi, #airilrafiq ditinggalkan dalam keadaan meraung. Oh bertabahlah adik, hidup mak juga begitu.
NYARIS! ‼️
Saya hampir mendapat catatan MERAH pada kad masuk kerja hari ini. Jika itu berlaku, bermakna saya telah memecah rekod TANPA MERAH untuk tahun kebelakangan ini.
Saya hampir mendapat catatan MERAH pada kad masuk kerja hari ini. Jika itu berlaku, bermakna saya telah memecah rekod TANPA MERAH untuk tahun kebelakangan ini.
Mujur kelas bermula jam 10.15 pagi, maka persiapan dapat saya buat dengan lebih baik.
Dengan langkah bergaya, saya mula membuat persediaan untuk kelas.
Dengan langkah bergaya, saya mula membuat persediaan untuk kelas.
Tidak berapa lama kemudian, didatangi dengan seorang rakan sekerja. Kami berbincang, perbincangan itu lama kelamaan meleret. Tawa ria kami semakin galak. Seketika, datang pula rakan sekerja lain. Gelak semakin kuat, dan kini berdekah-dekah.
Maka saya mula sedar. Dalam pendidikan, perbualan BIASA-BIASA bukan kerana mereka membuang masa. Tetapi setiap topik perbincangan membawa banyak kebaikan.
Bermula dengan topik TUGASAN yang diberi, reaksi pelajar terhadap arahan oleh pendidik, ikuti dengan respon apabila diberi tarikh hantar.
Maka kami akan mengulas satu persatu, sikap dan rutin pelajar.
🌹Pelajar A pendiam, tetapi caption di media sosial penuh dengan kata2 sinis.
🌹Pelajar B bising, dari awal kelas sampai habis kelas, tetapi tidak pernah mengelak bila diminta untuk membantu.
🌹Pelajar C juga bising, tapi bila disuruh buat kerja, Ya Allah!!!!
🌹Pelajar D, sentiasa dilihat mengantuk dan adakala terlena, tetapi apabila menjawab kuiz, dia tidak pernah menghampakan.

Maka senarai pelajar berlanjutan sehingga bilangan yang terakhir.
Begitulah SEORANG PENDIDIK. Tiada masa yang dibazirkan walau hanya berbasa basi berbualan di meja makan.
Ibu dan bapa juga, pastinya begitu. Apabila mengulas mengenai perangai anak satu persatu🤭
Bagaimana dengan PENDIDIK di sana?