Minggu pertama persekolahan telah berlalu. Telah sampai ke telinga kejiranan itu, kes dera(mungkin melibatkan penderaan terhadap ibu dan anak oleh si suami).
Ketika saya diberitahu, dikhabarkan pihak kepimpinan kampung telah pun menemui si ibu. Malangnya si ibu berkeras meminta agar perkara ini didiamkan tanpa sebarang tindakan.
Secara jelas, kejiranan di situ memang sangat risau ketika kejadian berlaku. Jeritan keras suami, penuh dengan cercaan dan penghinaan.
Tangisan si anak yang tadinya jelas, kian hilang. Bukan berhenti kerana pujukan, tetapi telah tiada daya untuk melawan, apatah lagi meluahkan.
Memang, hal rumah tangga jiran kita, tidak boleh kita masuk campur. Tetapi jika ianya melibatkan kesihatan dan keselamatan, WAJIB kita cakna.
Kenapa?
Kita takut, anak-anak yang membesar dalam keluarga yang begini akan membina sikap yang sangat tidak baik. Kelak mereka ini akan menjadi ahli masyarakat kita. Malang sekali, jika mereka ini menjadi sebahagian daripada ahli keluarga kita, sedangkan mereka ini dibesarkan oleh si ayah yang dangkal kewarasannya dan si ibu yang membenarkan mereka diherdik dan dikasari sepanjang usia perkahwinan.

Marilah kita hentikan kisah ini.
Ya!
Hentikan sekarang.
Setiap ahli keluarga itu, perlu dirawat dan diberi pemeriksaan kesihatan.
Ya!
Hentikan sekarang.
Setiap ahli keluarga itu, perlu dirawat dan diberi pemeriksaan kesihatan.
Setakat yang saya tahu, Si ayah sudah pun diberi peringatan agar tidak mengulangi kekejamannya terhadap ahli keluarga, si ibu sudah diberitahu, suami yang bertanggungjawab tidak mungkin sanggup mencederakan isteri, apatah lagi anak yang di bawah tanggungjawabnya.
Gambar di bawah saya sertakan saluran aduan bagi kes dera, jika berlaku di sekitar kita.
Gambar terakhir tu, batu seremban, mak jualkan anak sedara mak buat, bagi menjana pendapatan. Nak beli top up katanya😎