PANDUAN KE MAPS IPOH PERAK untuk EMAK anak 4

Panduan untuk ibubapa bawa anak2 ke MAPS Perak sempena cuti sekolah.

1. Tempoh masa

Maps memang buka pukul 10pagi hingga 10mlm, jadi rancang dari A to Z untuk berada 12 jam di situ. Sediakan tuala kecik atau tisu basah untuk mereka yang ada anak kecil. Bawa stroller jika perlu, sewaan stroller di Maps adalah sekitar RM25 - 45. Jarak antara suatu ke tempat lain juga agak jauh, kirakan masa berjalan itu sebagai tempoh masa anda di dalam Maps. ⏳

2. Bajet makanan

Sebarang makanan dan minuman memang DILARANG untuk dibawa ke Maps Perak. Makanya sediakan bajet mengikut keperluan.

Antara tips utk anda;
Untuk makanan jenis nasi, sangat berbaloi dibeli di FOOD ARENA yang di dalam STARSHIP. (Kalau perasan dari luar Maps ada kapal besar kan? Itu FOOD ARENA. Ini kerana, makanan di sana diberi berpakej. Makan tengahari kami membeli di situ, Set nasi putih ayam kari RM12, termasuk air dan aiskrim. Tetapi petang kami membeli di bangunan lain, untuk nasi ayam, RM12 tanpa air, aiskrim apatah lagi.

Air pula dijual RM3.00 - 3.50 bagi Air Minumam dan minuman tin RM5. Jangan mengimpikan Teh Tarik dan Kopi Tarik, bersabarlah ye!

3. Liburan

Antara liburan yang MENARIK dan TIDAK PERLU BERATUR LAMA adalah di STUNT LEGEND dan BOBOIBOY 4D. (Mungkin itu kami masuk dua kali bagi liburan tersebut) Perlu diberi perhatian, Stunt Legend memulakan persembahan pada pukul 4.30pm. Jadi sebelum itu, pulun dahulu mainan lain.
Manakala bagi Boboiboy 4D, tempoh masa bagi satu slot adalah 35minit. Tetapi kerana keterujaan di dalamnya, teater sentiasa penuh sepanjang masa.💪

Saya ulas sikit tentang Stunt Legend, ianya persembahan drift kereta dan motor oleh 2 kumpulan drifter. Mereka menunjukkan kehebatan masing-masing betul-betul di depan mata kita. Bunyi deruman dan kimunikasi berkesan oleh MC menjadikan arena tersebut bingit dengan deruman dan sorakan penonton. Bau asap tayar, dman terjunan stuntman dari menara, memang mengujakan. Persembahan kedua Stunt Legend adalah jam 8.30 malam.🚦

Boboiboy 4D menyajikan pengembaraan ke Pulau Terapung. Video interaktif yang disediakan memerlukan penonton menekan button untuk menaiki kapal angkasa mereka, apabila kapal angkasa ingin mulakan penerbangan, kerusi seakan terangkat, diikuti rasa angin pada wajah kita seakan kita benar-benar sedang menaikinya. Malahan ketika Boboiboy menggunakan kuasa pokoknya untuk melibas SERABOT, libasan itu dapat dirasai di kaki kita. Menarikkan?😍

4. Pakaian

Bagi orang dewasa, pakai pakaian yang memudahkan pergerakan. Baju cotton dan seluar jeans atau slack, amat membantu. Permainan yang disediakan memerlukan kita mengangkat kaki yang sedikit tinggi, malahan permainan yang ekstrem mampu menanggalkan kasut yang dipakai! ELAKKAN memakai gaun apatah lagi skirt pendek. Percayalah ianya amat MENYEKSAKAN! Macamana saya tahu, saya saksikan sendiri, dan saya menyesal menyaksikannya.

Begitu juga dengan kasut, tak perlu berfikir untuk kelihatan cantik menarik di dalam Maps tu. Kerana kecantikan itu tidak kekal lama. Jarak dan kemudahan yang memang mencabar ketahanan kasut dan kaki. Tumit tinggi, mungkin akan menambah perkataan sumpah seranah yang akan keluar dari mulut kita.

Bagi kanak-kanak pula, pakaikan mereka dengan kasut yang tidak mudah tertanggal. Airil Rafiq sekadar pakai selipar, apabila perlu melangkah laju (sebab dan rebut giliran masuk teater dll) kami dilambatkan dengan kasutnya yang tertanggal. So next time kami akan sedia kasut ala-ala nak run 20km.🙄

Baju mereka dicadangkan untuk disediakan 2 pasang, kerana sebelah malam, ramai kanak-kanak yang bermain air di ala2 water theatre di situ. Inshaallah mereka boleh segarkan semula badan selepas bermain air.

5. Penginapan

Jika anda merancang untuk bercuti sehari semalam di Ipoh, saya cadangkan untuk check-in selepas anda keluar dari Maps. Ye saya faham, ianya agak merugikan kerana kita check-in lewat, lebih2 lagi jika hotel yang kita pilih ada kolam renang dan sebagainya. Tetapi pilihan untuk check-in selepas seharian di Maps amat membantu.

Kami yang kepenatan membuat keputusan menginap di Ipoh kerana perjalanan kami untuk pulang adalah 90km, maka kami boleh cepat berehat, dan keesokan paginya, anak-anak boleh pulun untuk mandi kolam. Bukankah keselamatan itu lebih penting? Maka rancang perjalanan ke Maps seawal pagi, anggarkan untuk tiba sekitar jam 10.00 pagi dan anda check-in jam 10.00 malam. Pasti anda rasa berbaloi😊