5 Situasi Menjaga Warga Emas Yang Anak-anak Perlu Tahu

1. Jika terdengar suara atau bunyi dari bilik mereka, JANGAN PANIK. Segera bingkas ke bilik mereka, dan tarik nafas dalam-dalam. Berkemungkinan , pertamanya mereka sedang berhalusinasi dengan berbual bersama rakan mereka. Atau mereka telah menjatuhkan barang akibat keadaan diri mereka yang uzur.

2. Ketika kita perlu berkomunikasi dengan mereka, pastikan nada suara yang digunakan tinggi. Bukan kerana kita marah, tetapi kerana mereka tidak mendengar akibat penuaan.

3. Wajib ada bahan memasak yang berkuah. Warga emas mengalami kesukaran menghadam makanan, maka makanan yang berkuah dan lembut membantu mereka mendapat zat yang baik.

4. Beri satu arahan sahaja dalam satu masa.
"Abah pergi mandi, lepas tu pakai pampes ni"
Tugasan yang mereka akan buat hanya pakai pampes sahaja tanpa mandi!

5. Jangan harap mereka boleh sampai ke suatu tempat dalam tempoh masa yang dikehendaki. Pernah suatu hari, saya minta abah menutup pintu yang 2 meter di hadapannya, 15 minit kemudian dia semakin 10 meter dari pintu. Bila ditanya dia nak ke mana, jawapan diberi adalah nak tutup pintu.

Sebenarnya situasi-situasi ini adalah kesan dari merosotnya fungsi badan mereka.
Semakin berlaku penuaan, fizikal mereka semakin lemah, fungsi otak juga berkurangan. Kesannya mereka tidak mampu untuk menyelaraskan kemahuan, daya fikiran dan pergerakan mereka.
Maka, sebagai anak-anak yang menjaga warga emas ini, kita memang perlu, sedang dan terus bersabar.

Yang NYATA, anak-anak lain yang tidak menjaga, perlu memberi kerjasama yang sangat kepada adik beradik yang menjaga ibu atau bapa kita.
Malahan masyarakat juga perlu menghentikan kecaman yang selalu melabelkan anak-anak yang menjaga warga emas yang uzur ini sebagai ANAK DERHAKA.
Fahami situasi tidak memadai, sehinggalah kita mengalaminya sendiri.

Berat mata memandang, berat lagi DOSA orang yang mengecam.

#donemembawang