Kolesterol dan GST

#bisnesdananda

Beras unggul tanpa KOLESTEROL & GST.

📌2 fakta

1. Dalam setiap makanan berasaskan tumbuhan, MEMANG TIADA KOLESTEROL. Ini termasuklah BERAS, MINYAK MASAK BERASASKAN TUMBUHAN DAN SANTAN.

⛔Setelah kau makan nasi 3 pinggan, pastu kau tidur setiap 3 jam, kau pula jenis malas nak bersenam, barulah nasi yg kau makan akan ditukarkan kepada segala jenis lemak dan kolesterol dalam badan kau.
Begitulah secara umumnya bagaimana pertukaran bentuk makanan kepada bahan lain badan kita.

Sebagai contoh,
Lembu makan rumput, tetapi daging lembu yang kita makan dikatakan mempunyai kolesterol. Hakikatnya, makanan yang dimakan cuma rumput, kenapa boleh hasilkan daging, lemak, malahan susu yang lazat dan enak?
Ye, kerana sistem badan mereka yg merubahnya.
#fromfarmtofat

2. Dalam pengumuman Bajet 2014, BERAS telah menjadi senarai terawal yg dikecualikan GST. Ini termasuklah garam, gula, rempah ratus, perniagaan perkhidmatan pelabuhan dan telekomunikasi dll.

⛔Setelah kau beli BERAS, kemudian kau beli berderet lagi barang lain di pasaraya, kemudian kau tengok resit, ada tulis GST. Terus kau terasa BERAS ada GST. Hakikatnya GST itu dikenakan kepada barang-barang lain yg penuh dalam troli kau.
#BERASisRICEandNASIalsoRICE

2 fakta di atas adalah contoh iklan yang bermain dengan istilah dan perundangan.
Penggunaan dalam tagline mahupun dalam iklan2, akan memberi 2 gambaran penting kepada customer.
1. Makan beras jenama PQRS akan jadi sihat sebab tiada kolesterol.
✔KESIHATAN
2. Makan beras jenama PQRS jimatkan duit sebab tiada GST.
✔EKONOMI

Peniaga memang perlu kreatif dalam mempromosikan produk mereka, tanpa memperdayakan pengguna serta mematuhi perundangan mana2 pihak.

Pengguna?
Perlu bijak memilih, kerana "Pengguna Bijak, Ilmunya Banyak"