Ujian
Allah Maha Mangetahui lagi Maha Mengasihi.
Ketika kita digasak dengan pelbagai ujian,
kita rasa seperti tiada harapan,
melihat kiri dan kanan,
segalanya bagai tidak bertepian.
Semalam kita diuji dgn kehabisan duit yang kita ada,
lebih menyayat hati, duit yang belum tentu ada,
sudah diminta oleh bakal bakal pemiliknya. (Baca:hutang)
Kelmarin, kita baru terima gaji,
di waktu pagi tayar kereta pula yang diuji,
sudahlah pancit mahu diganti,
duit yang datang, pergi kembali (Baca: beli tayar baharu)
Esok bakal menghantar tempahan customer,
baru semalam tempahan diterima,
belum pun sampai kepada penerima,
sudah di rejek semuanya. (Baca: batalkan tempahan)
Semoga kalian yg sedang diuji,
yang sedang dilanda musibah,
yang sedang menderita,
yang sedang terseksa,
dipermudahkan urusan kalian.
Berdoalah agar Allah sentiasa bersama kita dalam mengharungi segalanya.
Dan ingatlah, Allah sentiasa bersama hambaNya yang bersabar.
#keluargadananda
#welcomeDECEMBER