CARA CUKUPKAN BELANJA BULANAN dengan gaji sedia ada

Tips Cukup Duit Belanja
dari gaji sedia ada.

Saya bahagikan kpd beberapa jenis perbelanjaan.
1. Keperluan rumahtangga
2. Logistik
3. Rekreasi
4. Hal2 lain

Kita mulakan dgn keperluan rumah tangga.

1. Beli barangan runcit, sekadar mencukupi utk sebulan.
Contohnya, jika perlu membeli gula, anggarkan jumlah penggunaan yg terbaik, sekadar cukup utk sebulan.
Jika kita beli lebih, kita cenderung utk membuat air manis lebih kerap.
Saya amalkan ini utk membeli milo. Saya akan elak membeli pek 2kg, kerana apabila jumlah mili banyak dalam Tupperware, anak2 cenderung utk buat air milo sendiri, pada kepekatan yang sangat tinggi. Lazat, tapi ingat kita sedang JIMAT.

Bagaimana jika habis sebelum waktu utk membeli milo? Tidak mengapa, kerana dalam tempoh itu, semua orang amalkan sikap berjimat.
Seterusnya, keperluan membeli detergen juga, menelan belanja yg tinggi. Saya dengan ahli keluarga seramai 7 orang, mandian, pencuci pakaian, pencuci pinggan pastinya digunakan dgn kadar yg lebih banyak.
Saya memilih detergen yang berkuasa mencuci walaupun sedikit mahal harganya.
Utk pakaian Top dan Breeze antara jenama yg saya gunakan. Dengan muatan penuh mesin basuh, cukup sekadar satu penutup. Saya turut gunakan pelembut fabrik, selain utk memudahkan menggosok, ia turut memberi haruman pada pakaian harian.

Adakah ianya menjimatkan?
Ye! Sesetengah jenama, memerlukan kita guna amaun yg banyak, tetapi turut meninggalkan kesan pada pakaian.
Selain itu, buat pembelian pada harga tawaran. Utk 2 jenama.di atas, biasanya berharga rm25, pada waktu tawaran sekadar berharga RM20 dan ke bawah.

Ingat! Pastikan anda menggunakannya seperti saranan dlm CARA PENGGUNAAN.☝️

2. Seterusnya penggunaan pencuci pinggan.
Pencuci pinggan yg menggunakan paste, bagi saya kurang berkesan. Bayangkan anda colek pada span, kemudian digosok pada kotoran, span itu pula akan diletakkan pada paste semula.
Saranan saya, beli pencuci pinggan cecair, masukkan dalam botol yang ada penekan seperti mandian dalam botol, dan sediakan bekas utk mencairkan pencuci tersebut.
Ingat, beli juga pencuci pinggan yang berkuasa mencuci seperti Glo dan Sunlight. Harga agak mahal, tetapi tempoh penggunaannya lebih lama.
Oh ya, saya suruh letakkan cecair pencuci pinggan ke dalam botol bagi mengelakkan ketika menuang ke dalam bekas utk mencuci kita cenderung utk picit dengan kuat sehingga menggunakan sgt banyak berbanding keperluan pencucian.

Sama juga pesanan saya,
Ingat! Pastikan anda menggunakannya seperti saranan dlm CARA PENGGUNAAN.☝️

3. Untuk mandian pula, jika kita ada anak kecil yang sangat suka bermain ketika mandi, belikan mandian yang murah, sekitar harga RM5 ke RM 7, dan nyatakan kepada mereka, ini adalah mandian mereka ketika bermain di bilik air. Mandia pada harga yang lebih mahal dan antibakteria misalnya, diletakkan di tempat yg lebih tinggi.
Pastikan semua keperluan di atas, dibeli dalam botol supaya hanya jumlah yg dipicit sahaja akan digunakan ketika mandi.
Nampak remeh, tetapi kesannya pada kewangan kita adalah sgt besar.

4. Akhir sekali, penjimatan barangan dapur basah.
Ayam, ikan, sayur juga menelan belanja bulanan yang besar, jika tidak kena caranya.
Untuk pembelian ikan dan ayam, basuh dan pek kan utk sukatan sekali masak. Kemudian bekukan. Apabila mahu memasak, keluarkan ikut pek2 yg telah ditetapkan. Saya perlukan 5 ekor ikan utk setiap kali memasak, maka saya hanya pek 5 ekor setiap bungkus dan masak utk sekali mkn.
Berbeza dgn ayam, anak2 hanya mkn ayam dan telur. Maka ayam saya bungkus lebih banyak dalam satu pek. Seterusnya, saya akan beli tepung gorang ayam, saya akan masukkan dalam Tupperware dan ambil sedikit2 jika diperlukan ketika menggoreng ayam. (anak2 hanya makan ayam goreng)

Langkah ini bukan sahaja menjimatkan wang malah menjimat masa.
Hanya masak makanan yg dimakan oleh majoriti ahli keluarga.
Di mana variasi makanan kami yg dewasa?
Pada sayuran dan lauk2 tmbahan lain.
#ayamgorengWAJIB

Perlu lebih contoh dan tips?
www.wasap.my/60196454846/cukupbelanja