Hikmah SABAR

Bukanlah bermaksud, masih bekerja. Cuma nak membuktikan, sabar itu mampu menyelesaikan segala masalah.

Ketika perlu ke Teluk Intan, Tuan Jump Navara bersabar memandu dalam kesesakan di Jambatan Kampung Gajah, sehingga ke Simpang Chenderong Balai.

Ketika dijangkakan pelajar yang akan kami ambil di Stesen Bas Teluk Intan akan sampai sekitar jam 6 petang, kami bersabar dia rupanya masih di Kuala Kangsar kerana kesesakan juga.

Ketika lapar dan hujan sangat lebat di Teluk Intan, kami bersabar mencari parking di Giant kerana di sana sahaja akan hindarkan kami dari terkena hujan.

Ketika dikatakan bas hampir sampai, bila diperiksa lokasi, masih perlukan 30minit untuk sampai dan kami bersabar di Menara Condong Teluk Intan.

Kesabaran paling TINGGI adalah ketika perjalanan pulang, jam sudah pukul 11, kereta masih berderet menghala ke Teluk Intan mahupun ke Lebuhraya, dan semuanya masih tabah dan gigih di dalam kereta.

Semoga kalian sampai ke destinasi dengan selamat, dan jadikan perjalanan ini, sebagai perjalanan penuh rahmat dan keberkatan kerana kalian telah KORBANKAN segalanya demi bertemu ibubapa yang dikasihi.