#keluargadananda
Jangan ambil mudah tanggungjawab menjaga ibubapa yang sudah tua.
"ala orang tua, apa sangatlah belanja dia"
Ini ayat yang saya selalu dengar.
Saya sendiri tidak pasti, orang itu pernah menjaga warga emas mahupun tidak.
Terlebih dahulu, saya perlu terangkan maksud menjaga. Menjaga bermaksud, segala makan pakai dan tinggalnya adalah bawah tanggungjawab anda, termasuklah ubatan dan keperluan penjagaan warga emas.
Bukan bermaksud, anda duduk di rumah ibubapa, makan minun di situ, satu sen pun tak keluar duit, malahan, duit orang tua berkenaan yang anda kerjakan.
Saya menjaga abah yang masih boleh berjalan walaupun terpaksa bertongkat atau kerusi roda.
Kos belanja abah dikedai sahaja menjangkau ribuan ringgit. Ini kerana orang tua sangat keras hati dan keras kepala. Walaupun tahu bahawa makanan yang tinggi gula seperti roti kaya, ais krim, minuman berkarbobat tidak baik untuk kesihatan, inilah makanan hariannya WALAUPUN di rumah kami sudah sediakan makanan utk kami sekeluarga.
Seterusnya belanja untuk lampin pakai buang.Jika lampin anak kita beli pada harga RM40 untuk 78 pcs, tetapi untuk warga emas, harganya adalah RM20 untuk 8 ke 10 pcs, mengikut jenama. Sehari mereka gunakan 2 helai.
Bagi orang yang menjaga warga emas yang tidak boleh kawal pembuangan air kecil dan air besar, maka risiko untuk pakaian, tuala, kain pelekat,malahan cadar dan selimut terkena najis dan air kecil adalah sangat tinggi. Kos detergen untuk mencuci pakaian juga meningkat. Jika anak kita cuma perlu dibasuh dengan sekali cucian, bolehkah anda bayangkan jika perlu mencuci PAKAIAN DEWASA YANG TERKENA NAJIS?
Apabila kain baju pun kotor, mestilah lantai dan bilik air juga kotor terkena najis dan sebagainya. Malah ada kawan saya bercerita, walaupun ibunya memakai lampin pakai buang, apabila dia buang air besar, dia akan sapu-sapu najisnya di SEKITAR DINDING BILIK.
Boleh bayang tak kerja pembersihan yang oerlu dilakukan dan detergen yang perlu digunakan.
Boleh anggarkan kosnya?
Boleh tuan anggar berapa lama masa yang diperlukan untuk mencuci?
Bagaimana pula dengan ubatan mereka? Supplement?
Warga emas perlukan ubat sakit lutut, kadangkala demam selsema,ada masa sakit belakang. Kami sentiasa sediakan minyak angin, panadol dan selsema untuknya. Malah ada yang perlu menjaga warga emas yang berpenyakit kronik seperti buah pinggang dan kencing manis. Bacaan gula misalnya perlu dipantau setiap hariMaka mereka perlukan kit periksaan bacaan gula. Anggaran kos?
Ini cuma sebahagian cerita tentang orang yang menjaga warga emas.
Sebahagian besarnya lebih kepada MENJAGA SABAR. Kerana warga emas lebih banyak karenah berbanding membesarkan anak sendiri.
Menjaga mereka disertakan sekali dengan FITNAHNYA. Kerana mereka lupa, makan cerita mereka serba serbi tak kena.
Yang mendengat jangan terus percaya, jangan pula buat tak tahu saja.
Minggu lalu, abah menjaja cerita yang sama seperti tahun lalu, katanya saya kena berpindah ke BORNEO.
Nak marah ada, nak nangis pun ada.
#kaurasa?