Menjaga pandangan

Bagi seorang lelaki yang baik akhlaknya, WAJIB bagi mereka menjaga pandangan.

“Katakanlah kepada laki – laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” ( Al Qur’an Surat An – Nur (24): 30)

3 tempat WAJIB menjaga pandangan ;

1. Masjid.
Kalau pun tuan telah selesai solat, tak perlu jengukkan kepala ke arah ruang solat muslimah. Perlu diingat, wanita ini, Allah uji dengan kewajiban menjaga aurat, dari hujung rambut hingga hujung kaki, kecuali tapak tangan dan wajah. Justeru, kebarangkalian untuk mereka memerlukan masa yang lebih dalam urusan menjaga aurat, amatlah tinggi.
Jika tuan bersiap 2 minit, wanita mungkin 20 minit.
Selesai solat, jika tidak mahu beriktikaf, keluarlah dan tunggu diruangan yang lebih sesuai.

2. Rumah yang dikunjungi.
Kerapkali saya perhatikan, lelaki yang datang ke rumah, akan meluru ke arah pintu, memberi salam, serentak dengan itu pandangan mereka menghala ke dalam rumah.
Perlu diingat, rumah adalah tempat bagi wanita bebas dengan cara berpakaian yang diingini. Tidak mungkin wanita akan bertudung di rumah jika tiada lelaki yang bukan mahramnya. Sebagai lelaki, tuan wajib menundukkan pandangan, HINDARKAN mata tuan jangan terus melihat ke dalam rumah.
Tunggu sehingga salam tuan disambut, dengarkan suara yang menjawab.Jika kasar, baru mengangkat wajah untuk melihat orangnya. Jika suaranya lembut, tak perlu melihat, cukup sekadar memberi maklumat yang ingin disampaikan.

3. Di pusat membeli belah
Ini adalah tempat dimana segala jenis aurat terbuka. Tuan perlu kawal mata tuan, agar terhindar dari melihat wanita yang TERALPA dan LALAI dalam menjaga aurat. Semoga Allah memelihara aurat dan keaiban kita. aaminn)
Ini terpakai bukan sahaja kepada wanita muslim, malah jangan juga menjamu mata tuan dengan melihat wanita bukan muslim.
Ada masa, kepiah masih lekat di kepala, tetapi kepala sudah berpusing 180° melihat si genit melintas depan mata.