Jangan biarkan Syawal berlalu
TANPA SEBUAH KEMAAFAN.
Seorang ibu atau bapa, pohonlah kemaafan daripada anak.
Memanglah kita ibubapa mereka, tetapi benarkah kita telah menjalankan tanggungjawab kita kepada mereka?
Cukup makan pakai?
Cukup didikan agama?
Cukup asuhan dan kasih sayang?
Seorang guru, pohonlah kemaafan daripada pelajarnya.
Memanglah kita guru mereka, tetapi benarkah kita telah menjalankan tanggungjawab kita kepada mereka?
Cukup ilmu diberi?
Cukup masa mengikut jadual?
Cukup kita santuni mereka?
Seorang sahabat, pohonlah kemaafan dari sahabatnya yang lain.
Memanglah kita sekadar sahabat, tetapi benarkah kita telah menjadi sahabat yang baik?
Cukupkan kita setia dengan mereka?
Cukupkah kita mengajak sahabat kita dalam mentaati Ilahi?
Cukupkah hak mereka yang kita beri?
Maka, saya memohon ampun dan maaf daripada sekalian sahabat, anak, anak didik dan semua yang membaca status ini.
Kemaafan itu nanti, diharapkan dapat mengurangkan dosa kita dan dosa saya terutamanya kerana lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibubapa, seorang guru serta seorang sahabat.