#bisnesdananda
Malam ini dengan senang hati saya nak kongsi tips MARKETING ONLINE.
5 perkara kena buat:
1. Add rakan lebih ramai, untuk FB personal, maksimum kita boleh ada 5000 rakan. Semakin ramai rakan, semakin besar potensi. Kalau rakan cuma 800, boleh lupakan utk pasarkan produk di FB.
2. Pilih rakan yang cenderung untuk meminati apa yang kita akan pasarkan.
》》》Jika jual kain ela, potensi rakan adalah cikgu, biasanya cikgu akan membeli baju kurung antara 5 ke 10 pasang setahun.
3. Setting status anda ketika membuat promosi produk sebagai "Public". Maka ianya masih boleh dikongsi oleh rakan lain juga.
4. Untuk ADD friend yang PALING BERPOTENSI, pilih dalam group2 berkaitan.
》》》Nak jual ebook 100 resepi untuk ibu malas, TAPI SEDAP? Pilih rakan dalam group Resepi Ringkas Tapi Sedap.
5. Waktu paling sesuai untuk buat posting, adalah waktu potensi pelanggan anda akan buka fb.
》》》Nak iklan PENDAFTARAN PELAJAR LEPASAN SPM? Pos iklan selepas pukul 12tghari, kerana mereka BARU BANGUN TIDUR, dan pos selepas 10.00 malam kerana mereka baru mula melepak.
Anda dapat sesuatu?
#mamsgarage gunakan formula di atas untuk meraih jualan.
Awak buat! Awak dapat!