2 perubahan kecil tapi KESANNYA BESAR pada ekonomi

#bisnesdananda
#pendidikandananda
#mamsgarage
#krafdaritayarterpakai

Semuanya berubah dengan DRASTIK!

Minggu lalu, menonton cerita "Toll Gate Girl" menggambarkan kehidupan mereka yang bekerja di kaunter bayaran tol.

Semalam pulang dari Putrajaya, menyaksikan TIADA SEORANG PUN adik atau kakak tol yang bertugas, kecuali di kaunter tambah nilai Touch and Go.

Teringat pula ketika kami check in di hotel, petugas di kaunter hanya mengambil bayaran, cetak resit, dan memberikan kepada kami sekali dengan baucer sarapan, tanpa sebarang penerangan mengenai perkhidmatan mereka.

Situasi berbeza jika kita ke hotel sekitar 5 tahun dahulu. Pihak hotel akan menerangkan segala perkhidmatan yang mereka tawarkan tanpa perlu ditanya.

Dua situasi di atas membuatkan saya terfikir;

》》》Corak perniagaan kini berubah. Kebanyakan industri tidak lagi memerlukan petugas di kaunter. Hotel misalnya, telah meletakkan semua maklumat di dalam website mahupun penawar perkhidmatan penginapan seperti Booking, Agoda, Trivago dll.

Mungkin suatu masa nanti, kita ke hotel dengan hanya menekan no.pin di pintu bilik. Segala maklumat telah pun dihantar ke smartphone kita. (smart ke?🤗-saya akan ulas di posting lain nanti?

Kita sebagai peniaga kecil, boleh mengambil kesempatan alam siber yang kebanyakannya PERCUMA ini untuk memasarkan produk kita, sama ada perkhidmatan mahupun barangan.
Gunakan FB dan blog untuk memberi maklumat segala perkhidmatan kita di sana.

Di tol juga kini hanya ada mesin yang akan menerima bayaran anda. Maka peniaga (baca sebagai PLUS, GUTHRIE DLL) hanya melabur dalam menyediakan mesin tersebut berbanding perlu membayar gaji bulanan pekerja. Saya percaya, kadar MEMBELI TEKNOLOGI tersebut lebih BERBALOI berbanding membayar gaji bulanan. (Ini penting ketika mahu kemukakan akaun nanti).

》》》Tren di atas menunjukkan peluang pekerjaan sebagai kerani dan seumpamanya kini semakin berkurang. Justeru pendidikan perlu menjurus kepada suatu yang teknologi. Paling mudah, jika kita pembuat bahulu, jika kita perlukan pekerja untuk memasukkan adunan ke dalam acuan,  membakar dan mengeluarkan daripada acuan, kita boleh mula menghasilkan mesin yang bertindak secara automatik dari awal hingga akhir. Bayangkan adunan tadi dipam secara automatik ke dalam acuan mengikut sukatan, seterusnya acuan tadi bergerak terus ke dalam oven yang panjang, dalam tempoh 20 minit, bahulu akan keluar dari oven, dan konveyor akan bergerak secara terbalik, maka semua bahulu akan keluar tanpa perlu pekerja keluarkan secara manual. (boleh bayangkan tak?)
Maka kepentingan pendidikan di situ kepada inovator, ataupun pencipta inovasi.
Justeru jangan jumudkan fikiran kita dengan pelbagai cara tradisi yang akhirnya nanti tidak membawa sebarang keuntungan.

Begitulah dunia kini telah banyak berubah!

Kami di Mamsgarage sedang mengubah fikiran masyarakat, utk hidup secara minimalis dan bertukar kepada kraf dari bahan terpakai, kraf dari bahan terbuang.