Kematian Yang Menyusahkan

Kematian Yang Menyusahkan

"sayang, abang redha dengan segala yang kita telah harungi bersama-sama, abang maafkan segala dosa-dosa sayang pada abang, dan abang juga berharap sayang turut memaafkan abang"

Itulah ayat yang kedengaran sebaik sahaja wanita itu membuka matanya. Dia cuba mengingati kembali, apa yang sedang berlaku;

Kamu jangan ingat kamu tu hebat. Saya ni sudah terlebih dahulu makan garam. Saya tahu mana baik dan buruk, cara kamu bercakap dengan saya, saya sudah tahu kamu tu orang yang tahu hormat orang atau tidak.
"tapi puan tak tahu, bahawa suami puan telah pun menikahi wanita lain, kerana suami puan adalah ayah saya"

Dia masih ingat kata-kata itu. Ya, kata-kata keramat dari pelajarnya, yang membuatkan dia sesak nafas, berpeluh-peluh dan akhirnya terlantar tidak sedarkan diri.

Apakah yang sedang berlaku?

Kenapa ramai orang disekelilingnya. Ibunya yang kelihatan uzur, dilihat tersandar ke dinding berlinangan airmata. Adik-beradiknya, seakan semuanya berada disitu. Dia menoleh ke kiri, kelihatan ibu mertua dan ipar duainya yang membaca surah yang sering dia dengar ketika berlakunya kematian. Apabila dia menjenguk pula keluar, kelihatan bapanya dan bapa mertuanya berbual-bual seperti membincangkan sesuatu yang serius.

Dia pejamkan mata, sambil berharap apabila dia membuka mata, ini semua tidak berlaku. Malangnya dia masih melihat pemandangan yang sama. Dia cuba memanggil ibunya, tetapi suaranya seakan-akan tersekat. Malah mereka seperti tidak memperdulikan dia. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Dhia, abang nak ke Krabi minggu depan, nak ikut tak? Boring la kalau dhia tak ikut.
Saya ada mesyuarat Wanita Hebat Peringkat Kebangsaan, saya tak dapat ikut. Kalau abang nak ajak mak abang, ajak la, bulan lepas dia ok saja ikut abang ke Brunei.
Suaminya senyum dan berlalu.

Dhia, ibu harap dhia boleh balik minggu ni, ibu nak buat majlis kesyukuran sempena kaklang dapat baby baru.
Tak sempatlah ibu, dhia kena siapkan proposal untuk dhia dapatkan geran 500k bagi projek naiktaraf bisnes ni. tapi nanti dhia bank in 5000 utk ibu guna semasa majlis ye.
Ibunya pun meletakkan telefon sambil mengucapkan terima kasih.

Abang Raz, mama pesan, nak tolong kak dhia memasak manisan kegemaran abang untuk majlis berbuka di rumah abang nanti. jadi tak perlu nak membazir menempah makanan.
Dia yang mendengar terus memotong kata-kata iparnya, ala tak perlu nak masak, dhia dah tempah semuanya.

Puan perlukan bantuan kami untuk hantar puan ke klinik, puan nampak tidak sihat?
Tak perlu, saya sudah telefon pemandu saya untuk ambil saya sekarang.

Itulah Dhia Adila, wanita berdikari yang pada fikirannya, semua di dunia ini dia boleh uruskan sendiri.
Wanita berkerjaya yang berjaya, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang tajam, mempunyai karisma dan anggun.

Malangnya, Dhia terlupa, tidak semua urusan di dunia ini, mampu dilakukan sendiri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dhia kembali ke dunianya. Apabila dilihat dirinya diangkat oleh adik beradik perempuannya dan diusung ke pelantar mandian. Pili air dibuka, air dijirus perlahan-lahan ke tubuhnya. Tiba-tiba, dia terasa tangan kasar sedang menggosok-gosok tangannya persis tangan Razzin, suami yang paling sempurna untuknya. Inilah tangan yang sentiasa menyokongnya, yang bersusah memberinya modal di awal-awal perniagaananya dulu. Pernah suatu masa, selepas beberapa ketika, baru dia perasan, suaminya memakai baju yang lusuh ketika ingin ke majlis pembukaan anak syarikatnya yang kelima. Baru dia ingat, dia terlalu sibuk dengan bisnes, sehingga suaminya terabai. dan apabila ditanya mengapa suaminya tidak membeli baju baru, dengan perlahan, Razzin menjawab, abang cuma ada duit makan sahaja untuk belanja hidup abang setiap bulan.

Sejak itu, Dhia mula ingat untuk membayar semula hutang syarikatnya kepada si pemodal, kerana suaminya adalah pemilik sebenar syarikatnya.

18 tahun berlalu. dhia meneruskan kehidupan sebagai wanita yang super power, tidak perlu bantuan sesiapa. Razzin masih seorang suami yang menjalankan tanggungjawab, tanpa ada cacat cela.

3 tahun sebelum itu, selepas perasaan tepu terhadap kejayaan demi kejayaan, dhia memilih utk mengajar secara part time kelas2 keusahawanan ke seluruh negara.

Entah berapa lama Dhia berkhayal, sedar-sedar dia sudah diletakkan di atas lapisan kain2 putih yang ditaburi kapur barus. Hidungnya disumbat dengan kapas, celah-celah ketiaknya dan pelipat diletakkan kapas2, tangannya diletakkan di atas perut. Mulutnya diikat dengan sehelai kain halus dengan ikatannya disimpul di atas kepala. Oh, banyaknya kerja2 yang perlu diuruskan oleh orang disekelilingnya. Dari memandikan, mengkafankan, dan kini ritual tahlil dan bacaan yaasin kedengaran berganti-ganti. Masing-masing ternanti-nantikan seseorang atau mungkin juga sesuatu. Pastinya sedang menanti kenderaan jenazah untuk membawa jenazah dirinya ke tanah perkuburan. Dalam suasana riuh, terdengar seorang lelaki di usia pertengah memanggil-manggil orang ramai.
"kepada sesiapa yang ingin memberikan penghormatan terakhir, boleh berbuat demikian kerana kita akan melakukan solat jenazah dalam masa 15 minit lagi."
Dhia jelas melihat berpusu-pusu kenalan dan kerabatnya menuju ke paip air untuk mengambil wuduk. Dia semakin sedar, ketika ini, dia tidak lagi boleh bersolat untuk dirinya sendiri. Ya! Dia makin teringat kata-kata seorang ustazah muda, yang tidak pernah berputus asa mengajaknya untuk beribadat sebagai tanda taat kepada tuhannya, iaitu Allah SWT.
"Puan Dhia, kita sebagai hamba Allah, wajib untuk tunjukkan tanda kita beriman dengan mendirikan rukun islam. Solat adalah tiang agama. Solatlah kakdhia, sebelum kakdhia di solatkan."

Kata-kata itu menusuk jantungnya. Oh, jantungku juga kini bukan milikku ya Allah. Betapa aku telah merugikan hayatku dengan perbuatan yang sia-sia.

Betul ke sia-sia. Dia pernah ada seorang kawan rapat, dia sangat baik, sentiasa menyokongnya dari belakang. Ye, Afzarine. Apabila dia perlu bertegas, memang afzarine akan menyakinka dhia bahawa tindakannya itu betul. Ketika berhadapan dengan krisis syarikat, Afzarine yang akan memberi pelbagai cara dan pilihan walaupun kadang-kadang cara tersebut seakan-akan suatu salah laku.
Ya Allah, benarlah, rakan baik itu, adalah rakan yang membawa kita ke jalan Allah.

Tetapi Afzarine bukan begitu. Mana Afzarine? Mata Dhia meliar mencari kelibat rakan baiknya. Jenuh dia memerhati, tapi tiada. Allah Maha Berkuasa, tidak semena-mena, budak pejabatnya lantang menjawab pertanyaan ibunya mengenai Afzarine, bahawa Afzarine pergi bercuti di Milan, Itali.

"Ye benar. Dialah rakan baik yang TIDAK BAIK. Aku doakan semoga orang yang aku kasihi semuanya terpelihara daripada mendapat rakan seperti Afzarine."

Benarlah
Benarlah
Benarlah

Apabila sebuah kematian itu adalah perkara yang paling menyusahkan.
Kita akan susahkan orang untuk memandikan.
Kita akan susahkan orang untuk mengkafankan.
Kita akan susahkan orang untuk solatkan.
Kita akan susahkan orang untuk menggali kubur kita.
Kita akan susahkan orang untuk mengambus kubur kita.
Kita akan susahkan orang untuk bacakan talkin di kuburan kita.
Kita akan susahkan orang untuk mengadakan majlis tahlil untuk kita.

Benarlah bahawa kematian kita adalah
KEMATIAN YANG MENYUSAHKAN

Wahai DHIA ADILA  Binti SITI AMINAH,, wahai DHIA ADILA  Binti SITI AMINAH,),wahai DHIA ADILA  Binti SITI AMINAH, hendaklah kamu  ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia  ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke  negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada  Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya  Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai (DHIA ADILA  Binti SITI AMINAH, apabila datang  kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,  maka janganlah  berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan  risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah  wahai DHIA ADILA  Binti SITI AMINAH, bahawasanya  Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah  Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk,  mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan  kamu?
Siapakah Nabi  kamu?
Apakah agama  kamu?
Apakah kiblat  kamu?
Siapakah saudara  kamu?
Apakah pegangan iktikad  kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa  bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab  soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.  Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah  tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab  begini:

Allah Taala  Tuhanku,
Muhammad  nabiku,
Islam  agamaku,
kitab suci Al-Quran  ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan  solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan  haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah  saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha  illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai DHIA ADILA  Binti SITI AMINAH, tetapkanlah hatimu,  inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang  tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan  dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah  wahai DHIA ADILA  Binti SITI AMINAH, bahawasanya  mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini  adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah  benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira  segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada  syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat  tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan  semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami  ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah  Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera  kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah  mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas  kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan  Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala  amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan  bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami  Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya  sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil  alamin.