Tangani hutang

>>>Apabila diri tidak diperlukan lagi<<<

Sudah lebih seminggu berlalu, tidak kedengaran bunyi nada telefon, menunjukkan sebarang mesej masuk.

Sudah lebih sebulan berlalu, tiada sebarang surat ataupun naskhah untuk memberitahu keberadaan dirinya.

Sudah lebih setahun berlalu, tiada khabar berita, adakah dia masih mengingati diri ini.

Ya Allah, hanya kepadaMu aku berserah. Tiada daya upaya aku untuk mengubah hatinya agar sentiasa mengingati dan merindui diri ini.

Sesungguhnya, hati ini milikMu ya Allah. Hati ini lemah, hati ini dalam kerinduan. Hati ini perlukan belaian darinya. Masih teringat kenangan manis bersamanya, kasih sayangnya yang sentiasa melengkapi keperluan diri ini. Subhanallah, Alhamdulillah, aku bersyukur atas kuniaan nikmatMu yang sebelum ini menggerakkan hatinya agar sentiasa ingat kepadaku ya Allah.

Tapi, itu semua telah berlalu. Kini semuanya sepi.

Bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang.

Kini apabila semua HUTANG-HUTANG sudah habis dibayar:
>>>BANK tidak lagi menghantar surat peringatan untuk hidupkan ROTEX kereta dan motor.
>>>Tau-tau kena saman je takde rotex.
>>>Tiada lagi syarikat insurans ingin menawarkan insuran kenderaan dengan pelbagai kelebihan mereka ketika hari lahir.
>>>malah, adik pekerja kredit kad bank di pasaraya juga seperti tidak sudi menawarkan tawaran kad kredit mereka.
>>>mungkin sudah diCOP di dahi kita ni, ORANG INI TAK SUKA BERHUTANG!

#BISNESDANANDA

🌷JGN BERHUTANG UNTUK BERBISNES🌷