Kerjaya dan anda

#kerjayadananda

Semalam sewaktu kami tiba di Hospital Teluk Intan, doktor yang bertugas mendapati agak sukar untuk klasifikasikan kes Aidil.

Beberapa ketika saya dengar doktor berkenaan membuat panggilan kepada seseorang.

Perbincangan yang sangat teknikal, maka agak sukar untuk saya membuat telahan.

Yang pasti, doktor membincang kes gusi anak saya yang bengkak, semakin menghampiri mata, malahan mata Aidil turut menunjukkan tanda2 bengkak.

Seterusnya doktor meminta kami tunggu di luar, mereka akan panggil nama sekiranya memerlukan sebarang maklumat dari kami.

Sepuluh minit berlalu. Kelihatan seorang wanita pertengan usia yang berpakaian sangat cantik melalui kawasan laluan Unit Kecemasan. Saya berfikiran, mungkin wanita ini sedang mengadakan majlis penting untuknya atau keluarganya.

Beberapa ketika kemudian, nama Aidil dipanggil. Kami masuk ke zon hijau, saya dapati wanita tadi turut berada dalam bilik yang sama.

Doktor yang merawat Aidil seakan memberi penerangan. Sambil wanita tadi mendengar dengan tekun. Sesekali dia bersuara memberi pendapat. SAH! Inilah doktor pakar yang menjadi rujukan Doktor tadi.
♡Selesai penerangan, pakar berkenaan memeriksa gigi Aidil, sambil-sambil itu turut berbual.

Apa yang menarik perhatian saya adalah kata- kata Pakar berkenaan.
"Actually I am celebrating my son's birthday right now"

Allah Allah Allah
Mulianya hati doktor pakar berkenaan. Sanggup meninggalkan majlis anaknya sendiri, demi anak orang lain. Malah pada pertimbangan saya, kes anak saya tidak terlalu kritikal untuk beliau bergegas segera ke hospital.

Begitulah HEBAT dan TULUSnya jiwa seorang doktor.

Saya mendoakan;
+ saya juga boleh jadi setulus doktor pakar tersebut.
+semua para doktor dan kakitangan kesihatan agar diberi kesihatan dan kesejahteraan yang baik dlm hidup mereka.

Tq KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA