Dimana Mamsgarage bermula

#bisnesdananda

5 SOALAN ASAS AWAL SEBELUM MEMASUKI PASARAN :

🌷Saya kongsikan yang pertama;

1. Siapa segmen pelanggan kita?

Bina profil pelanggan terlebih dahulu.

📌Demographic - Apa latarbelakang mereka. Umpama biodata lengkap.
》》》Mams Garage   mempunyai klien dari latarbelakang guru-guru pra-sekolah dan tadika. Mereka merupakan GURU YANG KOMITED terhadap keceriaan kelas, maka mereka berusaha untuk meningkatkan keceriaan sekolah.
📌Psychographic - Apa sikap, minat, keinginan, ketakutan mereka.
》》》 @mamsgarage berpandangan, guru-guru ini mahu memenangi pertandingan 3K, atau sekurang-kurangnya mendapat pencalonan sekolah terceria.
📌Geographic - Di mana mereka berada atau berkumpul.
》》》 @mamsgarage mendapati, guru-guru mempunyai jadual yang sangat padat, berdasarkan kepada hashtag yang mereka sering gunakan mengikut program yang dihadiri. Contohnya #tabikakemas

📌Behavioral - Apa tingkah laku mereka membeli.
》》》 @mamsgarage mendapati guru-guru akan membuat belian setelah mereka berjaya MERANCANG perbelanjaan harian tabika dgn baik. Apabila bajet yang ada memenuhi keperluan tabika mereka, mereka akan membuat tempahan seterusnya menjadualkan aktiviti mengecat bersama ibubapa di sekolah masing-masing.

Perincian di atas dapat membantu bisnes menentukan SEGMEN PELANGGAN masing-masing.

Cuba buat utk bisnes anda.
Boleh PM @WhatsApp di 0196454846 saya untuk bantuan.