Jerebu!!!!
Biar jerebu cuaca, jgn jerebu hati.
Bacaan IPU pada jam 8pagi, 15 sept adalah >180.
Tetapi Seminar Pendidikan Sepanjang Hayat telah berlangsung pada 14 Sept hingga 15 Sept 2015 di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Idris Jusoh. Seramai 10 pembentang, dgn didahului 2 ucaptama, iaitu daripada Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelaras Pelajaran dan Pendidikan Islam, YBhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd Yusof bin Nor, serta Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Dato' Amir Md Noor.
Sesi ucaptama 1 hari pertama menerangkan konsep pembelajaran dan pendidikan. Tan Sri turut memfokus kepada definisi pendidikan Islam yg sebenarnya telah lama berlangsung di surau dan madrasah, cuma sesi tersebut tidak di institusikan. Seterusnya ucaptama 2 oleh Ketua Pengarah JPKK memberi pendedahan kpd para peserta tentang cetusan idea oleh Dato' Seri Idris Jusoh mengenai pembelajaran Islam sepanjang hayat. Seterusnya dinyatakan oleh Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agong UMNO di PWTC pada tahun 2013. Justeru, kolej komuniti yg berada di 92 buah kawasan parlimen mengambil peranannya dgn pelancaran PISH di Kolej Komuniti Ledang pada 5 April 2014. Semenjak itu pelbagai program telah dianjurkan kerjasama Kolej Komuniti dgn pelbagai pihak utk melatih pelajar aliran agama dgn pelbagai kemahiran.
Seterusnya, sesi pembentangan sebelah petang mengetengahkan PISH di USIM oleh Prof Dr Zulkiple Abdul Ghani. Beliau membentangkan keupayaan USIM mendidik para pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama. Namun dari sejumlah 7000 yg berjaya dlm STAM, USIM hanya mampu mengambil sekitar 1000. Maka ada 6000 pemegang sijil yg perlu dididik sebagai sumber tenaga manusia. Maka pihak USIM menyarankan utk disalurkan pelajar2 ini ke Kolej Komuniti.
Pembentang ke2 daripada Institut Kefahaman Islam Malaysia, Dr Farid Mohd Shahran, yg menjadi wadah penyebaran pelbagai program berkaitan keislaman. Beliau turut mencadangkan bagi pelajar lepasan Kolej Komuniti utk mendaftar di PPLI IKIM. Beliau turut menekankan agar masyarakat mengambil ilmu sebagai FADHILAT, dan bukan KUASA.
Pembentang ke3 oleh PM Haji Musa Ahmad, menyatakan beberapa perkongsian pintar antara Persatuan Madrasah Tahfiz Malaysia (PERMATA Al-Quran) dgn pelbagai agensi. Antaranya huffaz yg sudah hafal 30juzuk alquran, boleh menduduki SPM secara fast trek di Unisel. Peluang oleh Darul Quran, sama ada dari segi pembiayaan dan pengiktirafan sijil berkaitan. Banyak lagi peluang yg dibuka kpd maahad, tahfiz atau madrasah yg bernaung di bawah Persatuan Madrasah Tahfiz Malaysia.
Yang terakhir, perkongsian Hajjah Noor Lisa Rahmat, memberitahu kewujudan Japan Malaysia Tech.Institute, ADTEC dan ILP adalah utk menyebarkan kemahiran diintegrasikan dgn islamik.
Seterusnya dihari kedua, ucaptama 3 menampilkan Timbalan Ketua Pengarah JAKIM. Usaha mereka dlm menyampaikan pendidikan Islam kpd ahli teknokrat dan pelajar TVET, seterusnya masyarakat. Program TAKMIR, KAFA, PISH modul masjid Model Tuanku Mizan dgn menawarkan pelbagai persijilan yg diiktiraf, dan persijilan di Darul Quran.
Pembentangan seterusnya oleh PERKIM, diceritakan ASDAF, TADIKA PERKIM di Sri MANJUNG yang dirintis oleh Perkim, dan dikomersilkan oleh pelbgai pihak.
MARA pula menerangkan pelbagai program2 utk meningkatkan sosio ekonomi bumiputera yg berteraskan inovasi. Sebelah petang, terdapat Forum yg serba panas. Bagaimana ahli panel yg mengupas topik2 bagaimana mengintegrasi pendidikan islam dlm hidup sepanjang hayat. Saya akan cuba kupaskan topik2 dlm forum ini nanti.