PERNAHKAH VS TAHUKAH

PERNAHKAH vs TAHUKAH

1. Pernahkah sewaktu seorang ibu sedang  mandi, terdengar-dengar ada tangisan bayi. Bersama deruan air mandian, tapi masih jelas di telinga, bahawa ibu itu mendengar anak yg ditinggal di katil sedang menangis kelaparan susu? 

Tahukah seorang suami, isteri sentiasa mahu menjaga kecantikan, kebersihan dan keharuman dirinya, tetapi situasi di atas sentiasa menjadikan aktiviti mandi si isteri sekadar 2 minit. Adakala si isteri berjaya menjadikan kurang setengah minit sahaja utk mandi.
Lantas, apalah salahnya jika suami menawarkan diri utk menjaga bayi sementara isteri mengambil peluang utk memanjakan dirinya di bilik mandi. Bukan utk dirinya semata-mata, utk keluarga juga, ibu yang sihat, keluarga sejahtera.  

2. Pernahkah seorang perempuan yg 9 nafsunya menolak pelawaan pergi bershopping? Sedangkan pada waktu yg sama, di pusat beli belah, di dewan2, di bazaar terdapat pelbagai tawaran menarik serta diskaun sehingga 80%. Di tambah lagi ketika itu adalah musim perayaan di mana para isteri akan berkumpul sama ada di rumah mertua atau sahabat handai sambil memperagakan perhiasan dan pakaian masing.

Tahukah seorang suami, bahawasanya, isteri itu bukanlah sudah insaf atau tiada keinginan utk mendaparkan segala tawaran hebat di atas, tetapi sebenarnya dia rasa sgt2 stress mahu mengendalikan bayinya yg masih kecil terutamanya di tempat2 awam yg tidak breastfeed-friendly mcm di KLCC apatah lagi di bazaar atau di karnival2 fesyen. Lantas, apalah salahnya jika suami menawarkan diri utk menjaga bayi bayi sementara memberi peluang kpd isteri utk membeli segala keperluan dirinya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Bukankah isteri yg menjaga diri, dambaan setiap suami? ....bg link hadith kewajiban menafkahkan isteri

3. Pernahkah seorang perempuan itu rasa nak berdiam sahaja sepanjang hari, tanpa keinginan utk bercakap walau sepatah perkataan pun? Sedangkan membebel adalah rutin harian seorang perempuan terutamanya seorang ibu. Rasa tak mahu memberi sebarang respon pun pada permintaan anak2 yg sememangnya tidak pernah faham bahawa ibu mereka tak mahu marahkan mereka hari ini. Ataupun rasa ingin biarkan sahaja anak2 mahu itu dan ini, walhal pada hari2 biasa ibu itu akan usahakan segala keperluan anak2 seperti membuatkan air minuman utk si kakak sedangkan si ibu perlu menyusukan si bayi pada masa yg sama.

Tahukah suami, bahawasanya, berdiam bererti protes. Ada 1001 perkara yg suami perlu langsaikan sebelum isteri itu dpt kembali normal

Kalau kita baca tentang sifat perempuan, mereka adalah makhluk Allah yang pelik

So, good luck pd boys out there
Uolls bukan sahaja akan handle wife bila dah kawin, tapi kena handle weird creatures