Saya dah hilang sabar dah kak. Hampir 5thn kami kahwin, tapi dia tak pernah berubah"
Saya biasa dengar luahan begini, sbb ada kwn2 saya baik yg jauh atau dekat akan hantar mesej atau telefon utk luahkan perasaan mereka. Ramai yg tidak mempercayai alam rumah tangga hanya indah khabar dari rupa, terutamanya utk isteri.
Rumah tangga satu perjudian? Dulu saya percaya pada perkara tersebut.
Berkahwin dgn lelaki yg dicintai, bercinta 2 ke 3 tahun, tapi lepas kahwin, segalanya berubah. Pasangan kita bukanlah seperti yg disangka. Maka berlakulah perceraian atau masih lagi suami isteri, tetapi masing2 membuat hal sendiri walaupun tinggal sebumbung
Atau...
Berkahwin dgn pasangan yg keluarga jodohkan, yg kita tak kenal hati budi, tapi akhirnya rumahtangga bahagia sebab saling cuba membahagiakan masing2. Atau akhirnya berpisah kerana tiada penyesuaian
Tapi selepas 13 tahun usia perkahwinan, apa yg saya boleh katakan, perkahwinan adalah perjuangan. Bila kita ckp tentang perjuangan, ianya tidak pernah ada titik noktah. Selagi ada hayat dikandung badan, selagi itu, kita perlu berjuang.
Secara logiknya, tiada rumahtangga yang tidak bergelora. Kalau pun ada yg nampak bahagia, kita mungkin tak pernah terfikir masalah yg mereka hadapi. Mungkin antara isunya, si suami tidak makan makanan yg berbau seperti tempoyak atau belacan, tetapi si isteri tak boleh makan kalau tiada makanan tersebut. Bayangkan isteri terpaksa 'makan hati' sbb tidak dapat makan makanan yg digemarinya, hasilnya, isteri jadi kurus kering sbb tiada selera makan.
Ada juga kes di mana isteri suka kentut dalam selimut, tetapi suami adalah orang yg sgt sensitif dgn bau. Maka hampir setiap malam suami tak tidur lena, sbb bau yg dilepaskan dlm selimut biasanya akan terperangkap di dalam. Hasilnya, suami jadi kurus kering sbb ada masalah insomnia, si isteri pula gemuk mcm tong sbb tidur tak ingat dunia.
Justeru dalam menangani situasi rumahtangga, banyak skill atau kemahiran yang suami isteri perlu ada terutamanya isteri.
(Saya tahu ramai akan marah sbb biasanya memang isterilah yg akan berkorban dan terkorban utk rumah tangga, jadi kenapa saya masih menyatakan isteri yang paling banyak perlu belajar?)
Dalam hidup ini, masalah itu datang dalam bentuk situasi.
Situasi 1:
Suami tidak sembahyang, atau sembahyang, tapi sekadar melepaskan batok ditangga, atau suami sembahyang tapi tak mampu menjadi imam, atau paling ringan sekali, suami sembahyang, boleh jadi imam yg baik, tapi dia malas pergi surau
Nampak tak? Saya baru tulis 1 situasi, tapi dalam tu ada banyak2 lagi situasi
Bagi perempuan yg tak kisah, walaupun suaminya tidak solat, bukan masalah pada dia, rumahtangga kekal bahagia, hingga ke akhirnya. Tapi dalam dirinya penuh sabar. Bagi perempuan yg kerap membaca kata2 hikmah berbentuk sindiran di laman sosial, dia mula mempersoalkan apa lagi yang suami aku boleh buat agar dia 'nampak' lebih dekat dgn Allah? Maka situasi suami yg semasa, tidak cukup baik utk dia. Dia perlu suami yg lebih hebat. Kalau sekarang suaminya kerap jadi imam di rumah, tak cukup bagi dia, dia nak suaminya jadi imam di surau. Kalau suaminya imam di surau, dia mahu suaminya menjadi imam di Masjid Negara. Begitulah seterusnya.
Semuanya tentang situasi.
Justeru sebagai isteri, jika kita sabar dgn siapa suami kita, kita akan cepat mencapai kebahagiaan dlm hidup dan kebahagian pada hari pertama perkahwinan itu dapat dikekalkan. Kuncinya adalah redha
"Tak kan kita nak redha saja sepanjang hidup dgn dia. Tak kan nak biar saja dia mcm tu?"
Konsep redha adalah, kita berusaha sehabis daya, kemudian kita terima apa juga hasilnya. Kalau suami tak solat, mungkin dia dah lupa cara solat, kita cuba ajar. Caranya ada banyak, saya akan kongsi dlm penulisan akan datang.
Situasi 2:
Suami saya selalu ada skandal
Isu skandal ni memang panas kan?
Jumpa lagi dalam next entry