10 TANDA IBU BAPA WARGA EMAS SAYANG KITA

10 TANDA IBU BAPA WARGA EMAS SAYANG KITA

1. Dia tak kisah utk buang air kecil atau besar  merata2 di rumah atau sewaktu membeli belah dengan kita.
.....
2. Dia akan ulangi kesalahan yg sama walaupun kita dah byk kali tegur. Misalnya memakai baju yg sama setiap hari.
.....
3. Dia sgt2 suka kita bg duit walaupun cuma rm10. Padahal dlm wallet dia ada banyak lagi duit yg dia tidak tahu nak beli apa2.
....
4. Dia akan arahkan kita pergi ke tempat2 yg dia teringin nak pergi tanpa perlu persetujuan kita. Walaupun masa dia ajak, kita memang sgt2 tak boleh pergi. Tapi dia tak kecil hati sbb jauh di sudut hati dia, dia tau anak dia akan bawa juga pada suatu hati nanti.
.....

5. Dia akan cerita perkara2 yg buruk sahaja tentang kita pada kwn2 dia, supaya kwn2 dia tidak cemburu, dia ada anak2 yg sebenarnya hebat.
Hakikatnya manusia cenderung menggembar gemburkan hal2 yg dia tiada.
.....
6. Dia akan minta kita belanja dia mkn mknn mewah mcm udang, western dll, tidak mengira sama ada kita ada duit atau tidak.
Padahal, slps kita byr semua bil mknn, dia akan hulurkan duit lebih drpd yg kita byr tadi.
.....
7 Dia akan mengulang2 cerita yg sama, kadangkala kita dah boleh hafal setiap bait2 perkataannya.
.....
8. Bila kita pesan suruh ke klinik yg di kampung sebelah untuk pemeriksaan tekanan darah dan kencing manis, dia kata tak larat. Tapi bila dia nak pergi lepak, dia kayuh basikal untuk pergi ke kedai yang selang 3 kampung dari rumah
......
9. Abah atau emak kita tidak pernah nak menyatakan gembiranya dia bila kita ada di depan mata, tapi dia sibuk nak mengenang anak cucu dia yang lain yang sudah tentu tidak dapat pulang menjenguk dia di kampung pada waktu itu. Kadangkala dia juga mengenangkan anaknya yg sudah tiada, seolah2 anaknya itu akan kembali seperti yg lain.
.....
10. Walau apa pun yang kita cakap, yang kita beri, yang kita buat, yang kita hidangkan, yang kita belikan pada dia, baik atau buruk, hodoh atau molek, sedap atau tidak, dia masih bersama kita, DULU, KINI DAN SELAMANYA. Itulah ibubapa kita
.....
Footnote; tanda ..... Adalah bermaksud akan ada huraian yg lebih terperinci berserta contoh2 menarik dan realiti di dalam Ebook yang bakal dihasilkan kemudian

#jomjadibaik
#bilaemakmenulis #jangancakapmaktakpayung