"kerana dia suamiku"

makanhati...
itu yg dapat diungkapkan setiap kali bangun tidur.

teringat kisah malam tadi, cerita yg hampir sama setiap malam

"abang, jom tidur"
"ok sayang,kejap ye, abang nak buat susu anak2"

suami berlalu ke dapur, saya pun masuk bilik. dalam bilik, anak2 bergelimpangan atas katil kami. nak angkat ke tilam mereka saya memang tak larat sebab tengah sarat mengandung 6 bulan ketika itu.
lalu saya biarkan sambil menanti suami siap bancuh susu anak2, dgn harapan dia akan pindahkan mereka ke tilam mereka.

namun akhirnya saya terlelap, sedar2 sudah pagi....
tapi anak2 tidur di tilam mereka bersempit2 bersama ayah mereka
begitulah semenjak suami berpindah duduk bersama kami sekeluarga
#rasarendahdiri sbb dah memng rendah, ditambah badan semakin membulat
MERAJUK!!!!
rujuk
perkahwinan jarak jauh

dah baca link di atas? so wajar tak saya merajuk???? wajarkan

tapi akhirnya saya perasan
saya terlalu mengikut hati

lewat kehamilan, saya jadi sgt tak larat
semua kerja rumah suami yg buat
makan? biasanya kami beli sahaja, walaupun nasi putih
kalau ada waktu2 yg masak nasi di rumah, biasanya suami akan masak nasi goreng
kain? pinggan? baju anak2? makan pakai anak@ semuanya SUAMI yg buat

sehingga suatu hari yg damai, setelah hantar anak2 ke sekolah, kami sarapan bersama
seperti hari2 merajuk yg lain, muka saya masam mencuka
mungkin dgn hati yg berat suami beranikan diri utk bertanya

"sayang, kenapa abang rasa sayang dah lain sekarang? dulu byk je perkara yg sayang suka nak cerita"
"saya tak larat"(mood masih merajuk)
"dengan ank2 bole pula sayang bersembang?"
"selama ni kan saya yg bersama dgn diorg, kena lah saya lyn diorg mcm biasa"
"kan abang dah lama duduk jauh, nape tak lyn abang mcm layan diorg?"
YESSSSS!!!!!
inilah masa utk memberikan serangan balas

"tau pun, dah lama tak duduk sama, tapi tiap2 malam tidur dgn anak2. saya ni terbiar tidur sorang2. sakit pinggang ke, kaki cramp ke, abang bukan nak ambil tau"

"ok, mulai malam ni abang cuba utk tidur dengan sayang"

so, kita tunggu apa yg berlaku malam tu kan

apa yang berlaku, tengah2 malam anak2 menangis sebab tiada siapa yg tidur dgn mereka, terutamanya dekdil. manja!

so drpd dengar tangisan malam2, suami bangun dari katil dan tidur bersempit2 dgn anak sehinggalah ke pagi

esok paginya, saya bangun awal macam biasa, tapi kali ini lebih menginsafi diri

saya tengok sekitar, mainan anak2 dah berkemas
pinggan di sinki dah di basuh, dan sinki bersih licin
baju dah siap berbasuh dalam mesin basuh
baju anak2 utk sekolah pagi dan petang dah bergosok
dan macam kerja lagi yg pada saya sgt membebankan ketika sarat ni, telah SETTLED

Astaghfirullah, selama ni aku berburuk sangka dengan suami sendiri
aku terlalu memandang pengorbanan aku yg tak seberapa ini sebagai pengorbanan yg konon hebat, tapi aku terlepas pandang segala yg suami telah lakukan utk rumahtangga ini

bukankah segala kerja rumah adalah kerja2 yg BUKAN rutin utk suami?
dia tidak biasa dgn semua itu
9 thn kami duduk berjauhan
hanya 4 thn kami pernah duduk sama, itupun semasa anak seorang, kini anak kami dah 3 org, nak masuk 4

YA ALLAH
YA ALLAH
SUBHANALLAH

besarnya pengorbanan dia..
ye, KERANA DIA SUAMI KU

Terima kasih sayang

MOHAMMAD AHDEHA, terima kasih atas segalanya
maafkan saya, atas sifat lepas pandang saya selama ini

Entri ini saya tujukan khas utk abang sebagai tanda MENGINGATI CINTA ABANG dan MOHON MAAF


iLOVEu till the end of my life

"love u until when when"