Sedih dan simpati melihat ibubapa yang bersungut tentang perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan untuk persekolahan anak-anak.
Musim persekolahan 2015, seakan memberi tamparan hebat kepada para ibubapa. Musibah yang melanda, situasi ekonomi yang semakin meruncing, banjir, semua ini memberi kesan kepada harga barangan termasuklah kelengkapan persekolahan.
Saya suka berkongsi beberapa tips berbelanja kelengkapan persekolahan, tanpa perlu berjimat. Maksud berjimat di sini ialah, membeli barangan yang perlu, mengikut bilangan yg paling munasabah.
Bagi ibu bekerja seperti saya, 3pasang uniform sekolah adalah sedikit kerana saya hanya sempat uruskan pakaian anak-anak dihujung minggu sahaja.
Justeru 5pasang bagi sekolah pagi dan begitu juga untuk kelas mengaji KAFA.
OPPPPP!!!! Nanti
Jangan berhenti membaca. Entri ini, membantu anda merancang perbelanjaan sepanjang setahun bagi mendapatkan jumlah yabg anda perlukan.
Jom kita mula ;
Seawal setiap tahun , saya lakukan perkara berikut:
1. Tentukan jumlah anak yg bersekolah dan akan di sekolahkan
Keadaan berbeza bagi anak yg telah bersekolah kerana mereka sudah mempunyai sebahagian besar keperluan harian sekolah
Berbeza bagi anak yg baru mula bersekolah, kita akan membeli dari zero "0"
2015 saya ada seorg anak lelaki yg bersekolah asrama di tahun 6, seorang anak perempuan di Tadika 6 tahun, tapi akan mula belajar di jelas KAFA sebelah petangnya dan seorang anak lelaki yg baru masuk Tadika 4 tahun.
Yg tahun 6 keperluan lebih menjurus kpd tmbahan kasut, baju sekolah, alat tulis dan yuran2 di mana setiap satunya saya belikan sepasang sahaja sebagai menambah bilangan yang sedia ada atau menggantikan yang dah lusuh.
Berbeza dengan yang 6 tahun, saya perlu membeli keperluan sekolah mengaji KAFA dari A ke Z, begitu juga dgn anak lelaki yg 4 thn.
2. Seterusnya saya kenalpasti bulan2 gaji yang saya akan mendapat duit lebih drpd biasa. Contohnya 2015, saya akan dpt bonus pada 15 Jan, tunggakkan kenaikan gaji tahunan pada bulan April dan mungkin intensif hari raya pada.bulan Julai. Maka pada bulan2 inilah saya peruntukkan utk membeli baju tambahan atau mungkin gantian kasut, beg sekolah, dll keperluan sekolah anak2.
3. ELAKKAN menggunakan duit2 lebih ini untuk menghidupkan roadtax kereta atau apa2 brgn keperluan lain yg tidak penting. Ini kerana, sepatutnya setiap bulan. Gaji kita perlulah di simpan mengikut nisbah2 keperluan kita. Misalnya:
-Roadtax dan insuran kenderaan 1200, maka kita perlu simpan rm100 setiap bulan utk road tax
Kwn2 saya ramai yg menggunakan konsep kutu utk menabung duit ini.
-maintenance kereta. Misalnya tayar dan bateri, kita sepatutnya sudah tahu anggaran hayatnya. Maka wajarlah ada juga tabungan untuk kedua2 item ini pada hari pertama kita membeli baru kedua2nya.
4. Sebagai permulaan, anak yg masih di Tahun 1, hindarkan drpd membeli baju sekolah yg mahal, alatulis, bekas air atau apa barangan yg mahal. Ini kerana anak2 pada usia ini tidak pandai menjaga barang. Pada pengalaman saya utk anak sulung, alatulisnya hilang hampir setiap hari. Bajunya akan hitam dan berdaki dlm tempoh beberapa minggu. Justeru membeli brgan yg mahal hanya membazir kerana bukan habis diguna, tapi hilang dan cepat rosak.
5. Utk peralatan seperti bekas pensel dan bekas minuman, saya beli yg murah2. Tapi saya tampalkan sticker kegemaran mereka.
Anak yg lelaki peminat power rangers, maka saya belikan sticker dan tmpl pada bekas air mereka. Begitu juga yg perempuan peminat frozen. Dgn cara ini saya berjimat puluhan ringgit sbb harga bekas air princess, power rangers sekitar rm15 ke rm20 tapi akhirnya hilang.
Tapi dgn beli bekas air rm4, saya cuma beli sticker yg rm1.80 dan boleh guna berkali2
Inilah antara tips2 yg saya boleh kongsikan buat masa ini
Boleh la baca dan praktikkan mengikut kesesuaian anda
Have fun!