DILEMA PJJ ~Perubahan anak lelaki pada usia >10thn

Aiman adalah nama anak lelaki saya yg sulung. Aiman dan adik perempuannya jarak 6thn, Amina
Ketika berusia 8thn abg aiman dpt seorang lagi adik, tapi lelaki iaitu Aidil
Bulan april yg lalu, saya mengambil keputusan yg sgt berat dgn menghantar abg aiman ke sekolaj asrama ketika usianya baru nak mencecah 11thn.
Byk suara2 yg menyatakan adalah terlalu awal utk menghantar ank ke asrama pd usia itu. Tapi saya dan suami perlu bertegas dgn keputusan kami.
Untuk mendptkan persetujuan bersama bukanlah mudah.
Jika tidak, sudah tentu kami dftrkn abg aiman ke asrama pada bulan januari lagi
Tetapi beberapa perkara telah kami perhatian
Telah kami timbang baik buruknya
Maka kami mengambil keputusan ini.
Bermula persekolahan bulan januari, pembelajaran abg aiman semakin sukar
Setiap malam, saya dgn bersusah pyh akan cuba bersama2 dgn abg aiman di meja utk buat kerja sekolah bersama
Tapi cabaran paling BESAR ketika itu adalah 2org adik abg aiman mahukan perrhatian yg sama.
Jika famili yg normal, menemani ank buat kerja sekolah bukan suatu masalah kerana ketika ibu atau bapa mengajar anak yg lebih besar, yg seorang lagi akan bermain dgn adik2
Tapi sebagai emak yg duduk berjauhan dgn abahnya, semua kerja tnggjwb terletaj pada saya seorang dr isnin hingga jumaat
So nak tak nak
Saya memang bersilat dgn adik2 abg aiman demi membantu abg aiman siapkan kerja sekolahnya.
Cukup!
Cukup!
Cukup!
Saya tak boleh berterusan begini
Saya tak boleh asyik marahkan adik2 abg aiman
Saya tak boleh membantu abg aiman dgn kerja sekolahnya dlm keadaan marah
Saya juga tak boleh membahagikan masa yg secukupnya utk abg aiman dan adik2 yg masih kecil
Maka dialog tentang MASUK ASRAMA bermula
Ikuti perbualan saya dan abg aiman dlm entri seterusnya