Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul

Banyak situasi yg kita boleh lihat di sekitar kita.
Pagi tadi sewaktu menghantar anak ke sebuah prasekolah secara tergesa-gesa si bapa menyalakan sebatang rokok betul-betul di hadapan pintu sekolah. Saya ulang. Dihadapan pintu sekolah. Bukan di pagar atau di di luar kawasan sekolah, tapi dihadapan pintu. Dalam hati saya secara spontan membuat kesimpulan. Alangkah ceteknya fikiran seorang bapa, sanggup membahayakan kesihatan seorang anaknya sendiri, dan anak orang lain.
Tapi bila terfikir semula, siapa saya nk membuat kesimpulan yg begitu. Saya tak tahu apa masalah bapa itu. Mungkin jika dia terlewat merokok dia akan pengsan. Atau mungkin diserang strok. Atau serangan jantung. Saya tak tahu. Lantas saya memarahi diri saya. Mungkin si bapa mempunyai alasan yg lebih kukuh berbanding alasan saya.
"Berat mata memndang, berat lagi bahu yang memikul"
Saya teruskn pemanduan ke tempat kerja. Sampai di satu simpang terlihat seorang tua menunggang motosikal pada kelajuan 20kmj! Ok, pakcik ini boleh mengundang bahaya. Mana anak2 dia? Kenapa ank2 dia biarkan bapa mereka menunggang motosikal dlm keadaan begitu. Memng nmpk jelas pakcik itu keuzuran walaupun badannya agak berisi berbanding kwn2 ug seusia dgnnya. Tiba2 saya teringat bapa saya sendiri. Owh mungkin inilah yg orang selalu fikir tentang bapa saya. Abah baru saja berusia 66 thn. Kwn2 yg sebaya dgnnya setiap hari ke bendang membawa cangkuk, baja, tong racun dan sebagainya. Tapi abah diserang strok pada usia 58thn. Alhamdulillah badannya kembali normal cuma tidak sekuat dulu. Tapi yg sgt2 terganggu adalah daya ingatannya. Dia sering lupa. Banyak perkara yang orang luar nampak macam saya mengawal bapa sendiri. Hakikatnya "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul."
Biarlah mereka nak kata apa pun kerana hakikat hidup ini kita sentiasa diuji. Saya menganggano tohmahan, cercaan dan umpatan masyarakat sekeliling sebagai ujian untuk saya. Dan ujian untuk mereka biarlah mereka yang menghadapinya dengan bijak sana. Bukankah sekarang Allah bayar cash?