...memulakan kerjaya baru (sebelum ni byk terlibat dlm industri makanan dan kualiti) dlm pendidikan memang mencabar
Umpama si buta diberi lukisan monalisa untuk membuat ulasan.
Tapi berkat bimbingan rakan2 yg ketika itu saya kategorikan mereka sebagai OTAI seperti Pn. Maryana, Pn. Husna, Pn.Rubyatun. Seterusnya dgn sokongan pensyarah2 polisas yg hebat ketika itu Pn. Fazura, Pn. Iman, Pn. Nik dan sama2 bertatih dgn Cik Dalilah, saya mengharungi cabaran perkahwinan jarak jauh dgn jayanya.
Tengok istilah yg saya pakai juga adalah jayanya. Memanglah. Dari kehidupan yg sudah terbiasa bersama suami,sama2 mendidik anak, tapi kini semuanya terketak di bahu saya. Perjalanan lebih 400km dari tmpt kerja suami, tidak memungkinkan suami akan berada di sisi saat2 kecemasan.
Pernah suatu ketika, kereta kancil 660 yg saya pandu mati di jalan di tengah2 bandar Kuantan.
Sudah tentu suami bukanlah orang yg dapat membantu ketika itu. Ketika inilah mempunyai sahabat yg baik, menjalin hubungan yg baik dan networking amat penting.
Pn. Iman adalah sahabat yg saya hubungi ketika itu, di mana beliau yg baru mendirikan rumahtangga dtg membantu saya bersama suaminya En. Fauzi. Sehingga kini saya terbayang, andai kata sebagai insan biasa kita tidak menjagaa hubungan kita dgn rkn2 atau pun irang sekitar, siapakah yg akan membantu?
Tak cukup di situ, kereta yg rosak perlu di uruskan. Masalah saya kongsikan dgn rkn2 di pejabat. Ketika isu siutarakan, Pn. Rubyatun memberi no.hp seorg mekanik yg berkeliaran sekitar Kuantan. Sejak itu no.hp tersebut kekal dlm contact list saya sehingga hp saya hilang selepas beberapa ketika.
Tak terucap tak terbalas jasa mereka di atas. Hanya doa yg dpt saya kirimkan agar mereka semua berjaya dan sejahtera di dunia dan akhirat. Aamiin