semalam berbicara dengan anak lelaki yang tercinta, sedikit menimbulkan konflik
Apabila, emak memberitahu "abang, tolong angkat kain jemuran"
anak bertuah tu tanya "nak angkat pakai apa?"
"abang ambillah bakul yang biru tu"
"dalamnya ada kain, abang nak letak mana?"
"kan ada 1 bakul lagi yg berisi pakaian kering bersih, abang kumpullah sekali"
maka anak bertuah saya tu mengangkat kain jemuran
Seketika kemudian, dia bertanya semua "mak bakul ni nak letak mana?"
"sayang, kan tadi abang dah kumpul kain setempat, abg letaklah sekali di situ" (dalam hati rasa marah, kerana soalan dirasakan tidak relevan)
Sebenarnya ini adalah situasi yang biasa berlaku di rumah
Apabila emak meminta pertolongan, sangat banyak soalan akan menyusul dari anak2, sehinggakan emak akan membuat kesimpulan "oklah abang, tak payah buat, nanti mak buat sendiri!"
Ada masa, emak telah pun memberitahu prosedur angkat kain jemuran dari awal hingga akhir, tapi tetap juga ada prosedur yang akan ditanya semula.
lantas, dimanakah kemahiran mendengar mereka?
tak pentingkah suara emak?
Penting sangatkah suara2 lain (tv, panggilan rakan2 utk bermain, games dll) sehingga suara emak jadi yang terakhir di dengar?
Bila ditanya, abang tak sayang emak, dengan wajah penyayangnya si anak akan menjawab "sayang"
itu menjadikan saya tertanya2, saya perlu mengkaji kebolehan mereka yang pelbagai, terutamanya kebolehan menapis panggilan emak, berbanding panggilan2 lain yang kurang penting untuk kelangsungan kehidupan