semalam dan kelmarin adalah hujung minggu yg sibuk.
saya perlu menjadi urusetia program KLINIK UPSR SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH FELCRA SEBERANG PERAK.
Agak menarik program ini, apabila dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar FELCRA Wilayah Seberang Perak. Turut dijayakan oleh MAPIN, dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Seberang Perak, sekolah rendah saya yang pertama.
Penyertaan pelajar adalah seramai 120 org, dari sekolah-sekolah sekitar Seberang Perak, iaitu SK Seberang Perak sendiri, SK Seri Cempaka dan SK Changkat Lada.
Tapi post kali ni tak nak cerita pasal program tu, cuma nak cerita pasal memasak makanan yg segera.
Sebaik pulang kerja pada hari Ahad tu, anak2 seperti kebosanan ditinggal bersama si bapa yang sedang membuat persediaan untuk bekerja malam, iaitu tidurlah kan persiapannya.
Lantas saya membuka peti ais, yg ada hanya
maka hasil dari analisa terhadap paten pemakanan anak2, akhirnya saya memilih utk membuat
MI SANGGUL CHEESE BAKAR
dengan mengambil masa sekitar 1 jam , saya berjaya menyediakan menu di atas. hasilnya, separuh daripadanya en. suami membawa sebagai bekal untuk bekerja malam, selebihnya di makan oleh anak2 lelaki saya, aiman dan aidil. Amina? sibuk main masak2 sampai lupa nak makan, last2 hanya makan roti sebab mi sanggul cheese dah habis
nak tengok hasilnya?
ni dia