HOW 2 develop bisnes?

HOW 2 develop bisnes?


secara seriusnya, saya belum ada perniagaan sendiri, tapi saya membimbing pelajar untuk membuka perniagaan. 
Memberi mereka galakan untuk menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan.
Disamping memberi motivasi, saya juga mencetus pemikiran mereka untuk membuat inovasi.
Hakikatnya, sgt2 sukar untuk melakukan semua itu.
kenapa?
sebab, kalo kita belajar, dapat semua A+, kemudian kita apply di mana2 company, interview, dgn sedikit kebolehan mempengaruhi, kita akan dpt job, kerja sebulan kemudian dpt gaji, kan?

Tapi kalo buat bisnes, byk nak kene pikir, tengok alat senaman kat sebelah tu, dumpbell kot namanya. Org makan gaji, tgok benda, nampak utk kuruskan tgn, tapi org otak bisnes, nampak duit.
cakap memang senang, tapi nak buat? BAPAK payah
saya pernah berhenti kerja pada tahun 2005, selama setahun mengnggur, saya sentiasa berdoa agar Allah memberi inspirasi utk berbisnes.
tapi sampai sekarang, tak nmpak ape2 lagi, ala2 tak dpt hidayah lagi.

2006, masuk kerja gomen, (ada JUTAWAN JERUK kata, makan gaji kerja "low class") saya tetap memikir utk buat bisnes, tetap tak dpt jugak
sehinggalah tahun 2012, apabila "terpaksa" mengambilalih tugas seorang rakan yg berpindah, memegang Unit Keusahawanan. Tapi saya tetap jugak takde bisnes, bezanya,  saya membimbing pelajar, sehinggakan ada yg syarikat mereka menjana transaksi sehingga puluhan ribu..(tak kira la utk berapa lama kan? kikikiki)

so, jom lah kita cari ilham, cari ilmu, cari peluang....

lepas ni nak pikir soal, KALO SEMUA ORG MENIAGA, SAPA NAK BELI?