KATA2: PUJIAN ATAU UJIAN


Selepas semua yg saya lakukan, ini kata2 dia pada saya.

Saya tak sangka, dia akan menangis sebegitu di hadapan orang ramai apabila dia bercerita tentang saya.

Apatah lagi, kata-katanya juga disokong oleh seorang lagi rakannya yang turut kelihatan sebak, seolah2 saya telah melakukan perkara yang sangat besar.

Peristiwa yang berlaku di sebuah Seminar bisnes pitching benar-benar membuatkan saya terkejut. Saya tak sangka, ada orang yang akan mengucapkan kata-kata itu, malahan kata-katanya seoalah-olah dia sangat terkesan dengan apa yang saya sudah lakukan selama ini.

Rupa-rupanya, bukan mereka berdua sahaja yang menyimpan suatu rasa hati kepada saya. Apabila semua usahawan membentang bisnes pitching masing-masing, seorang lagi mengatakan sesuatu yang menyayat hati, sambil rasa sebak. Kata-katanya yang penuh bererti, menjadikan perkataan yang digunakan seperti panahan tajam ke hati saya.

Apa yang mereka ucapkan?
Apa yang mereka rasa?
Mengapa mereka sanggup mengungkapkan kata-kata itu?

Apa yang saya buat?
Kenapa saya sanggup buat semua itu?
Mampukah saya hadapi situasi tersebut?

Sebelum saya bercerita lebih lanjut, suka saya ingin perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Rafidah Abu Nasir, telah berumahtangga, ada 4 orang anak, 3 lelaki, 1 perempuan. Yang sulung 15 tahun, 9 tahun, 7 tahun dan 3 tahun. Kami sekeluarga menjalani kehidupan yang biasa-biasa di kampung kelahiran saya di Ulu Dedap, sambil saya dan suami menjaga ayah saya yang uzur tua.

Berpindah ke Kolej Komuniti Pasir Salak, setelah berada di Polisas, Kuantan sejak tahun 2006.

Perpindahan ke kampung halaman, memberi tamparan hebat kepada saya. Latar belakang pelajar, persepsi orang kampung, penyesuaian kehidupan bandar ke pedalaman, semua itu suatu perjuangan buat saya, apatah lagi saya dan suami duduk berjauhan ketika itu.

2 tahun saya perlukan untuk menyesuaikan diri.
Kenapa terlalu lama? Kerana dalam tempoh itu, saya melahir anak saya yang kedua dan ketiga. Keadaan perkahwinan jarak jauh, menjadikan saya wanita berpantang sambil menjaga 3 anak dalam satu masa. Alhamdulillah, segalanya baik-baik sahaja.

Untuk pelbagai tips
CARA SURVIVE PERKAHWINAN JARAK JAUH, boleh baca di blog saya
http://mamsgarage.blogspot.my/2013/10/dilema-perkahwinan-jarak-jauh.html?m=1
dan lanjutannya di
http://mamsgarage.blogspot.my/2014/04/perubahan-anak-lelaki-pada-usia.html?m=1

Selepas melahirkan anak ke3, saya memilih untuk berubah. Maka post sebagai Pegawai Keusahawanan menjadi pilihan saya, sementelah ketika itu saya ditawarkan jawatan sebagai Pegawai Latihan Industri, dan saya tidak meminatinya.

Maka bermulalah rutin saya bagi mencapai pelbagai kpi keusahawanan kolej, disamping terlibat dengan T.O.T keusahawanan.
Dalam tempoh itu, minat dalam keusahawanan semakin mendalam, sehingga saya mencuba untuk berbisnes secara sampingan.
Pengalaman yang saya ada, banyak membantu saya untuk membantu usahawan lain. Hasilnya pada 2015 ketika tiada pilihan selain memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan, saya terlibat secara langsung menjana Akaun Amanah berjumlah RM100 000.

Tanggungjawab yang berat, perlukan usaha yang kuat. Maka saya akan sentiasa mengikuti kelas2 keusahawanan ONLINE dan OFFLINE.

Ketika itulah saya berjumpa dengan Puan Diyana. Seorang wanita hebat yang diberhentikan kerja. Bermula dengan menyertai Kursus E-Usahawan, kini beliau telah mempunyai pelbagai produk lain.

Pertemuan kami di Seminar Bisnes Pitching benar2 telah menyedarkan saya.

"saya sgt bersyukur ditemukan dengan Puan Rafidah.Bermula dengan kuah rojak, kini saya dan kawan saya berjaya menjual pelbagai jenis produk dan perkhidmatan"

Sambil itu, kawannya disebelah mengesat airmata, terharu barangkali dengan kejayaan mereka kini, berbanding kali pertama bertemu saya tahun 2016.

Peristiwa itu, benar2 memberi saya suatu keyakinan bahawa;

✅Jika kita berbuat sesuatu dengan ikhlas, ganjaran yg kita dapat bukan sekadar bentuk material,  malahan perasan dihargai dan dipercayai sangat bermakna.

Kerja-kerja kita adalah peluang kehidupan buat orang lain.
Saya tak pernah kesal atau ralat dengan apa yang saya telah, sedang dan akan lakukan, kerana saya yakin, membantu orang lain, umpama membantu keturunan kita, pada masa akan datang.