kifarah vs riak


Maha Suci Engkau Ya Allah
dan Segala Puji BagiMu,
aku bersaksi bahawa
tiada Tuhan melainkan Engkau,
aku memohon keampunan dan taubat
daripada Engkau.

Begitulah kita setiap hari. Beristighfar wajar dijadikan amalan seharian. Tetapi pada saya insan yg serba daif ni, kebanyakkan waktu dan ketika saya berzikir dan beristighfar, adalah ketika marahkan my 3precious yg kat rumah tu. Malahan ada masa yg dah "ter"marah dulu, baru teringat nak beristighfar. Masyaallah, kerdilnya diri, nipisnya iman. Astaghfirullah.

kali ni nak stori tentang kifarah. 

Pernah tak kita terfikir di saat kita ditimpa kesusahan, itu adalah balasan Allah terhadap dosa2 kita?
Pernah tak juga terfikir, ketika kita dilimpahi dengan kesenangan dan kebahagiaan kita juga sedang diuji oleh Allah Tuhan Semesta Alam?

Justeru, itulah yang kita tak boleh nak tafsirkan.
Seringkali apabila bercerita tentang nasib malang seseorang, kita cenderung untuk mengatakan itulah kifarah dosanya...atau itulah pembalasan atas segala perbuatannya.


tahukah kita, apa yang orang itu telah lalui?
tahukah kita, banyak mana pula ibadah yg telah dilakukannya?
tahukah kita betapa ramainya orang yg mendoakan kebaikan dan kesejahteraan terhadap orang itu, cuma Allah yang Maha Mengetahui belum mahu memenuhi segala kehendak dan keinginan manusia sekitarnya.

Secara mudahnya begini;
seorang wanita yang sepanjang hayatnya menderita, bermula dengan anak2 menderhaka, diikuti dengan dicurangi suami, bertahun-tahun ditinggal tanpa khabar berita, alih2 si suami pulang ke pangkuan dalam keadaan yang nazak akibat penyakit misteri.
tanpa banyak soal, si isteri menjaga si suami sehinggalah si suami menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan si isteri. 

tidak cukupkah lagi penderitaan yang ditanggungnya?
beberapa ketika kemudian, wanita tersebut diserang angin ahmar, darah tinggi dan terkini buah pinggangnya tidak berfungsi.
Dipelihara pula oleh anak perempuannya yang mempunyai anak2 yg ramai, anaknya sendiri tidak bekerja, yang jelas sekali akan menanggung wanita tadi termasuk segala perbelanjaan perubatannya.
tak cukup derita lagi?
tak cukup?

tapi apa yang keluar dari mulut masyarakat sekeliling, yg mempunyai segala jenis ilmu termasuk ilmu kebal dan ilmu hitam putih, dan segala jenis fakta termasuk yg fake?



inilah kifarah!!!!!
come on lah!!!

dun just simply said it is kifarah?

ko pegi balik, ko cermin diri ko!!!!
WTF a.k.a wheres the fish?

frens and famili,

plez plez plez
never ener jump into conclusion. kita bukan ahli nujum, or maybe profesor yg banyak membuat kajian kes tentang sesuatu fakta.
kita cuma tengok, dan dengar je tentang sesuatu keadaan.
mentang2lah hidup kita gembira dan bahagia, bukan bermaksud Allah sgt2 menyayangi kita. itu juga bentuk ujian untuk kita.

dalam dunia ni, bukan setakat ada istilah kifarah, Nabi Muhammad s.a.w turut mengajar kita tentang riak, takbbur, ujub

manusia yg merasa dirinya hebat adalah mereka yg ujub.
yg lebih menyedihkan, org yg ujub, riak dan takabbur tu, tak sedar pun, selama bertahun2 mereka telah menyedekahkan pahala mreka kepada org yg dikatakan mendapat kifarah daripada Allah, dalam dalam tak sedar, orang yg selama ini hebat, hanya seorang LOSER jer di akhirat kelak.

banyak kisah yg menceritakan tentang hal ini
uolls gugellah sendiri ye riak dan ujub

ok bai, blah dulu, see u on the next bebelan

"jgn bagi saya sentap"